Jumaat, 19 Disember 2014

Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan


Paras air di Sungai Kelantan masih berada pada paras bahaya di Tambatan Diraja di Kota Bharu, hari ini. - Foto Bernama Paras air di Sungai Kelantan masih berada pada paras bahaya di Tambatan Diraja di Kota Bharu, hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
TUMPAT - Seorang remaja mati lemas apabila terjatuh dalam air banjir selepas diserang sawan di halaman rumahnya di Kampug Teluk Jering, di sini pagi tadi.

Mangsa, Che Muhamad Che Hasan, 17, yang cuba diselamatkan ibunya, Kalsom Ismail, 56, tetapi gagal.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi mangsa turun di halaman rumah bersama ibunya yang dinaiki air sedalam satu meter.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan makanan cukup untuk mangsa banjir Kelantan]

Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.
 
Setakat pukul 8 pagi, paras air di lima sungai menurun namun masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.51 meter (paras bahaya 9.00 meter).
  
Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.34 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.94 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.38 meter (paras bahaya 16.00 meter).

Tiada ulasan: