Kesemua warganegara Malaysia yang terlibat telah dirujuk ke Versa Private Hospital untuk rawatan lanjut.
Seorang daripada mangsa dilaporkan kritikal manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.
Seramai 25 orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut terdiri daripada pelancong warganegara Malaysia, China, Taiwan, Brazil dan warga tempatan.
Punca kemalangan masih dalam siasatan namun berdasarkan laporan awal, dua belon udara panas telah bertembung semasa di udara sekitar Guvercinlik Valley lalu jatuh.
Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki telah melawat para mangsa dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya. – Bernama
Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia
[ARTIKEL BERKAITAN: Belon udara di Turki jatuh, rakyat Malaysia parah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan