Jumaat, 5 Disember 2014

Polis temui 'pusat sembelih' warga Myanmar

MALAYSIAKINI


 


Polis menemui “tempat penyembelihan” di Pulau Pinang dipercayai sebagai tempat pembunuhan warga Myanmar melibatkan siri kejadian kes yang berlaku sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pasukan itu menahan 17 individu di Bukit Mertajam.

Menurutnya, dua daripadanya ditahan di rumah mereka di sebuah kampung di Bukit Mertajam pada malam tadi.

Katanya, dua suspek itu menyewa dua buah rumah di kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, beliau turut mengunjungi satu kawasan di Cherok Tok Kun dan menemui sebuah rumah, dipercayai sebagai tempat pembunuhan ngeri itu.

“Penyembelihan dilakukan di sini dan bahagian badan yang dipotong dibuang di tempat lain. Contohnya, satu kepala manusia ditemui di hadapan sebuah balai polis dan satu lagi ditemui di Permai (di Bukit Mertajam),” katanya.

Abdul Rahim berkata polis berjaya menyelesaikan lapan daripada kes tersebut setakat ini, dan menambah lebih banyak penahanan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkana sama ada tahanan berkenaan terdiri daripada pendatang asing tanpa izin.

Katanya, dokumen yang digunakan itu mungkin merupakan dokumen palsu.

“Setakat ini kita hanya menemui satu kumpulan yang telribat dengan pembunuhan ini. Ini merupakan masalah yang dibawa daripada negara asal mereka.

“Mereka mengenali satu sama lain di Myanmar, sebelum kedatangan mereka ke negara ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut menggesa agar warga Myanmar di negara ini tidak mengambil tindakan sendiri.

Tiada ulasan: