Selasa, 23 Disember 2014

PKR tidak akan keluarkan kenyataan berhubung perbincangan hudud semalam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PKR mengesahkan pihaknya mengadakan perbincangan bersabit isu hudud pada Isnin namun tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
 
Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata ia berikutan perbincangan itu adalah mesyuarat dalaman, maka ia bersifat sulit dan tidak akan didedahkan kepada umum.
 
Kenyataanya bercanggah dengan apa yang diberitahu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
kelmarin bahawa PKR akan mengeluarkan kenyataan media selepas perbincangan itu selesai.
 
"Insya-ALLAH esok (semalam) kami (Biro Politik) akan ada pertemuan politik untuk memperhalusi perbincangan dalam hal ini, pada 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
 
"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok (semalam)," ujar Izzah pada Ahad.
 
PKR dilihat amat berhati-hati dalam menyatakan pendiriannya bersabit hudud apabila meminta draf Rang Undang-Undang (RUU) daripada PAS Kelantan terlebih dahulu, untuk diteliti.
 
Bagaimanapun sebuah portal berita melaporkan sehingga kini PKR belum mendapat naskah RUU itu. 
 
Rafizi sebelum ini dalam kenyataan medianya berkata PAS perlu menangguhkan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan, sebaliknya memberi fokus kepada permasalahan rakyat yang lebih “mendesak”.
 
Katanya, PAS perlu memberi tumpuan kepada isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup dan rasuah dan bukannya hudud.
 
Isu hudud kembali menjadi topik hangat apabila DAP pada Konvensyen Nasional DAP 2014 menggesa PAS menolak hudud jika mahu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
PAS Kelantan bagaimanapun mempamerkan ketegasannya apabila mengumumkan sidang DUN khas pada 29 Disember ini bagi meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014), sebagai persiapan ke arah melaksanakan perundangan Islam itu.

Tiada ulasan: