Khamis, 11 Disember 2014

PKR dakwa Najib berbohong kekalkan Akta Hasutan

Buktinya N. Surendran mempersolakan adakan tindakan ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA

surendran300


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mengatakan Akta Hasutan 1948 untuk menghalang daripada ketegangan hasutan, agama dan perkauman adalah satu pembohongan dan percubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan dunia.

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengelirukan rakyat dan buktinya mengapa ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA.

Beliau mempersolkan adakah perbuatan Haniza itu telah menyebabkan berlakunya ketegangan agama dan kaum.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN/UMNO perlu memansuhkan Akta tersebut pada sidang di Parlimen akan datang iaitu pada Mac 2015.

“Ini bagi menebus balik kesalahan dan reputasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru ini, Najib telah memungkiri janjinya dua tahun lepas untuk memansuhkan akta itu.

“Rakyat Malaysia berkongsi kebimbangan apabila penjelasan oleh duta Amerika Syarikat itu yang mengatakan penggunaan akta itu secara berterusan adalah tidak adil terhadap pembangkang, aktivis dan rakyat biasa di Malaysia,” dakwanya.

Kata Surendran, kerajaan tidak boleh mengelakkan kritikan daripada antarabangsa mengenai keadilan dan hak-hak manusia di dalam negara.

“Kerajaan BN tidak seharusnya memalukan rakyat dan tersinggung dengan kritikan sah dari luar negara,” katanya.

Tiada ulasan: