Isnin, 15 Disember 2014

Occupy UM8 diarah pindahkan khemah

 
HEP tidak menghalang untuk kumpulan tersebut membuat khemah, cuma pihaknya meminta supaya mereka mendirikan khemah di kawasan yang betul.


OCCUPY_UM_TMISETH121214_06


KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran Universiti Universiti Malaya (UM) mengarahkan kumpulan pelajar yang digelar Occupy UM8 mengalihkan khemah yang didirikan di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM.

Menurut wakil HEP itu, arahan memindahkan khemah itu dikeluarkan kerana ia mengganggu laluan masuk kenderaan dan juga menimbulkan gangguan kerja.

Beliau berkata pihak HEP tidak menghalang untuk kumpulan tersebut membuat khemah, cuma pihaknya meminta supaya mereka mendirikan khemah di kawasan yang betul.

“Kita tak halang nak duduk, tapi kami minta alihkan khemah ke sebelah di kawasan yang tidak menganggu,” katanya kepada kumpulan Occupy UM8.

Bagaimanapun seorang pelajar daripada kumpulan Occupy UM8 berdegil untuk membuat khemah di hadapan bangunan HEP.

Wakil HEP itu juga telah memaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor HEP UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tiada ulasan: