Isnin, 15 Disember 2014

Najib perlu batalkan cuti di luar negara

 
Saya minta beliau (Najib) tidak membiarkan negara ini berada dalam krisis yang membengkak, pada masa yang sama beliau senang lenang bercuti di luar negara.


Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Datuk Seri Najib Razak membatalkan percutian bersama keluarganya selepas mengadakan lawatan ke Korea Selatan, sebaliknya memberi tumpuan masalah dalaman.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan kerana Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara yang melibatkan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kejatuhan mata wang negara.

“Najib perlu segera pulang ke tanah air, beliau mesti batalkan cutinya. Saya difahamkan dia akan bercuti keluar negara bersama keluarganya selepas mengadakan lawatan ke Korea.

“Saya minta beliau (Najib) tidak membiarkan negara ini berada dalam krisis yang membengkak, pada masa yang sama beliau senang lenang bercuti di luar negara,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya, sekiranya Najib tidak mampu berbuat demikian beliau seharusnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk diberikan kepada mereka yang betul-betul layak.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sebagai seorang Perdana Menteri adalah tidak wajar beliau meninggalkan negara di saat negara mengalami pelbagai masalah, melainkan jawatan tersebut diberikan kepada orang lain untuk memangkunya.

Tiada ulasan: