Khamis, 11 Disember 2014

'Melayu ternama' hentam PERKASA, ISMA

MALAYSIAKINI

Seorang daripada 25 bekas penjawat awam kanan yang menulis surat terbuka meminta perdana menteri menunjukkan kepimpinannya terhadap kumpulan sayap kanan yang tiada toleransi, melontarkan kritikan pedas pada PERKASA dan ISMA.

Sinchew Daily melaporkan, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin (bawah) membidas dua NGO itu kerana melakukan serangan peribadi, bukan berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat itu.

Katanya, jika tuntutan ISMA dan PERKASA bahawa mereka mewakili sebahagian besar Melayu adalah benar, barulah ia perlu diberi perhatian.

"Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita," katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Dalam laporan itu, beliau berkata semua 25 bekas penjawat awam terlibat amat bimbang jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau.

3 ulasan:

_SARAWAK JIWA RAGAKU_ berkata...

Kalau sayangkan Negara....haramkan Isma dan perkasa. Bukan milik Melayu islam sahaja bumi Malaysia ini. Terutama rakyat Sabah dan Sarawak. Lebih dari 50% penduduknya terdiri daripada kaum Dayak dan bukan Islam. Jangan kerana puak yang cetik ilmu berkenaan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini.....malaysia akan hilang segala - galanya.Kena ambil tahu juga mengapa timbul kebangkitan anak Sabah Sarawak melalui perbagai badan - badan bukan kerajaan ( NGO )