Penduduk
sekitar Kuala Kangsar hanya mampu memerhati keadaan persisiran lembah
Kuala Kangsar dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Perak dekat
Kuala Kangsar, semalam. - Foto Bernama
IPOH – Jumlah mangsa banjir di lima kawasan yang direkodkan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Perak sehingga jam 7 pagi tadi terus meningkat
kepada 1,923 orang membabitkan 477 keluarga.
Daripada jumlah itu, 473 daripadanya merupakan kanak-kanak yang kini
berada dalam keadaan selamat ditempatkan di 27 pusat pemindahan
masing-masing di Sungai Siput, Lenggong, Kuala Kangsar, Parit dan Seri
Iskandar.
Paras air paling tinggi direkodkan di Kampung Gajah apabila mencatatkan
bacaan 7.3 meter diikuti paras air sungai di Kampung Sumpitan, Lenggong
(4.5 meter) dan Kampung Changkat Duku Sauk, Kuala Kangsar (3 meter).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan