MALAYSIAKINI
Malaysia Airlines (MAS) dan pemiliknya Khazanah Nasional Bhd tidak patut
menyalahkan kakitangan MAS ekoran kerugian syarikat penerbangan itu,
kata Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam).
Sebaliknya, kata kesatuan itu, Khazanah harus mengakui berlakunya salah urus dalam syarikat penerbangan nasional itu.
“Rugi RM12 bilion bukan main-main dan berhentilah menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri,” katanya.
Nufam juga menggesa Khazanah membatalkan rancangan memberhentikan 6,000 kakitangan MAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan