Isnin, 22 Disember 2014

Hudud: Pas sudah sedia sepenuhnya


Hudud
 
 
KUALA LUMPUR – Pas Kelantan bersedia sepenuhnya untuk membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hukum hudud di persidangan khas Dun pada 29 Disember ini.

Setiausaha Pas Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, persiapan rapi sudah dibuat dan pihaknya yakin semuanya akan berjalan dengan baik.

“Semuanya sudah lengkap dari segi perundangan, pelaksanaan, logistik. Kita (Kerajaan Kelantan) sangat bersedia,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengumumkan sidang khas Dun akan diadakan bagi membentangkan pindaan undangundang itu membolehkan rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen.

Tiada ulasan: