Ahad, 14 Disember 2014

Chun Wai talam dua muka – Zam

 
Lebih hebat lagi apabila Wong mengisytiharkan dirinya dalam akhbar The Sunday Star sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik membenci, kaki buli, rasis dan pelampau.
tan-sri-zainuddin-maidin


PETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengecam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai yang disifatkan sebagai talam dua muka kepada orang Melayu.

Beliau berkata, di sebalik kesederhanaan yang dicanang melalui akhbar yang dipimpinnya, bekas Ketua Pengarang The Star gagal mengkritik tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bercakap mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Chun Wai akan segera menyerang Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai pelampau kerana ”CEO Star tetap tidak mempedulikan sentiviti umat Islam dalam perkara ini walaupun beliau sendiri telah mendengar penjelasan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai pengharaman pengedaran Bible dan perkataan Allah.”

“Maka itu beliau tidak merasa perlu untuk mengkitik Guan Eng malah tidak membesarkan berita ini kerana hendak melindungi Guan Eng tetapi jika sesuatu yang bersifat sensitif kepada bukan Melayu beliau akan mamanipulasi dan mengeksploitasinya habis-habisan,” katanya dalam entri terbarunya www.zamkata.blogspot.com

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan mempersoalkan kenapa CEO The Star itu tidak bersikap seimbang dan hanya nampak kepentingan kebebasan yang bukan hak kepada bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan dan tidak hak orang Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, beliau berkata, CEO The Star itu sedang tenggelam dalam keseronokan dan keegoaan Hero of Moderation ala The Star sehingga terlupa bahawa perbuatnnya itu mirip sokongan kepada cita-cita DAP dan memudaratkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, keceluparan Guan tidak dapat dirasakan oleh Chun Wai sebagai seorang Cina Kristian, tetapi amat dirasakan terhina dan tercabar oleh orang Islam di negara ini yang menganggapnya sebagai suatu hasutan untuk penderhakaan.

Beliau memberitahu, lebih hebat lagi apabila Wong mengisytiharkan dirinya dalam akhbar The Sunday Star sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik membenci, kaki buli, rasis dan pelampau yang seolah-olah orang Melayu tidak nampak wajah talam dua mukanya.

“Percayalah dia (Wong) tidak boleh hidup dengan muka ini selamanya kerana rakyat Malaysia yang anti-perkauman dan anti-ultra liberalisme lebih besar dari kumpulan ‘moderation ala The Star’ yang cuba menggambarkan diri mereka lebih besar dan lebih penting dari yang sebenarnya.

Katanya, seluruh orang Melayu dan ahli UMNO harus sedar apa yang dilakukan oleh akhbar The Star yang banyak mendatangkan masalah kepada perjuangan solidariti antara MCA dan UMNO malah merosakkan imej Najib Tun Razak yang belum dapat keluar sepenuhnya kesan ingin menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Zainuddin menambah, akhbar The Star tidak bersungguh-sungguh bagi membantu memulihkan kerosakan yang turut dilakukannya sebaliknya terus menimbulkan keraguan terhadap matlamat akta itu.

Tiada ulasan: