Jumaat, 25 Julai 2014

Umno Selangor mahu Khalid kekal MB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor berpendirian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar ketika PKR nekad mahu menukarnya dengan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Kata Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias, peralihan kuasa yang ingin dilaksanakan PKR jelas bahawa parti itu hanya mementingkan kuasa semat-mata.
 
"Orang ramai sudah menerima Khalid (sebagai menteri besar). Jadi demi pembangunan, dia perlu teruskan.
 
"Krisis ini menunjukkan ramai dalam PKR yang hanya berminat dengan kuasa," kata  sebagaimana dilaporkan oleh The Star hari ini.
 
Tambahnya sebelum ini Khalid pernah menegaskan ini adalah penggal terakhirnya meneraju Selangor.
 
"Ketika dia dipilih memegang jawatan itu, dia dipuji tetapi tidak sampai setahun, mereka mahu menggantikan dia.
 
"Dalam apa kes pun, kita akan teruskan kerja kita sebagai pembangkang," jelasnya.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media malam kelmarin memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk melantik presiden PKR Dr Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.
 
Ia kemudiannya dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang kemudiannya diputuskan oleh PAS dan DAP untuk dibincangkan dengan parti masing-masing sebelum memuktamadkannya.
 
Khalid mula mendapat tekanan semenjak PKR melancarkan Langkah Kajang MAC lalu bagi membolehkan Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri besar namun niat itu gagal apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
 
Kini, Dr Wan Azizah yang memenangi kerusi Kajang dicadangkan oleh PKR menggantikan Khalid sebagai kesinambungan Langkah Kajang itu.

Tiada ulasan: