Ahad, 13 Julai 2014

PERKASA mahu PM lebih tegas tangani NUCC

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa perdana menteri merombak keanggotaan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara yang didakwa “diperalatkan” pihak tertentu.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu bertindak demikian bagi menunjukkan kewibawaan dalam kepemimpinannya.

“PERKASA... amat mengenali sangat individu dalam NUCC dan yakin wakil Melayu islam dlm NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekak dan diperalatkan.

“Jumlahnya lebih kecil dari puak yang ada niat tertentu. PM patut rombak dan susun semula anggota NUCC. Teguran mesti di sesuli dgn tindakan.

“Ini yang dikatakan kepimpinan berwibawa dan tegas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim Ali juga menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana menyalahkan Majlis Peguam dan menegur anggota NUCC kerana membincangkan kandungan rundingan jawatankuasa itu secara terbuka.

Perdana Menteri juga berkata tiga rang undang-undang yang dirangka oleh jawatankuasa NUCC juga akan diputuskan oleh kerajaan.

Jawatankuasa itu diketuai MP PAS Mujahid Yusof Rawa dan bekas pengerusi Majlis Peguam Lim Chee Wee sebagai timbalan.

Ibrahim seterusnya berkata,  jawatankuasa alternatif Barisan Perpaduan Nasional yang dianggotai PERKASA akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan berhubung Islam, kedudukan Melayu dan juga Raja-raja.

Tiada ulasan: