Sabtu, 19 Julai 2014

Kampung air sudah tidak sesuai dan selamat

 
Mahathir berkata amatlah memalukan apabila Malaysia tidak pun mampu menghalang pengganas dari memasuki wilayahnya bila-bila masa sahaja.

tun mahathir


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata kampung air sudah tidak sesuai dan selamat dikekalkan sekarang serta menyarankan agar ianya dipindah.

“Sesungguhnya zaman kampung air sudah berakhir. Cara hidup dalam kampung air tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dengan adanya jalan dan bekalan yang cukup”, katanya.

Katanya, kita semua maklum peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu terjadi kerana kampung air sukar diawasi dan dikawal oleh pihak berkuasa.

“Biasanya pendatang ke negara Malaysia perlu melalui pintu rasmi yang mempunyai pegawai imigrasi, kastam dan polis. Tujuannya tentulah kerana bukan sahaja cukai perlu di kutip ke atas barangan yang dibawa masuk tetapi juga barang yang diharamkan seperti dadah, senjata boleh dirampas. Pendatang yang tidak ada paspot tentulah tidak akan di benar masuk”.

Kampung air sebenarnya menjadi pintu masuk tidak rasmi ke negara. Pendatang dengan bot boleh mendarat melalui mana-mana sudut kampung air tanpa diketahui oleh sesiapa. Di waktu malam penyeludupan barangan dan senjata boleh dilakukan dan disimpan dalam rumah kampung air.

Beliau memberi contoh, sewaktu pengganas menyerang Lahad Datu, pasukan keselamatan terdedah
kepada serangan dan tembakan oleh pengganas yang bersembunyi dalam rumah dalam kampug air.

Perjalanan pihak polis mudah didengar dan dilihat oleh pengganas. Polis berjalan atas titian kayu yang sempit. Tidak ada tempat untuk melindung diri jika diserang. Amat sukar bagi polis membezakan antara penduduk dan pengganas. Mereka akan terbunuh atau tercedera sebelum dapat menembak balas. Peristiwa seperti ini sudah pun berlaku.

“Selagi ada kampung air selama itulah Sabah terutamanya tidak selamat dari pencerobohan oleh pengganas dan penyeludup. Selepas peristiwa Lahad Datu, berlaku lagi serangan oleh pengganas. Rondaan oleh pasukan keselamatan di laut dan di darat tidak dapat menghalang seratus-peratus penculikan dari berlaku.

Mahathir berkata amatlah memalukan apabila Malaysia tidak pun mampu menghalang pengganas dari memasuki wilayahnya bila-bila masa sahaja. Apa akan terjadi jika serangan oleh beribu pengganas berlaku? Ingatlah, kita tidak terfikir 200 orang dapat mendarat dan menguasai satu kawasan di Sabah, namun terbukti kita salah.

Tegasnya, “masa sudah tiba untuk penduduk kampung air dipindah dan ditempatkan di kawasan yang lebih selamat di daratan. Kosnya tentu tinggi tetapi saya percaya Malaysia yang mampu membelanja berbillion Ringgit untuk projek yang kurang penting boleh membiayainya. Di masa yang sama alatan seperti bot laju, pesawat intip dan senjata canggih perlu dibekal kepada pasukan keselamatan. Hari ini pesawat mengintip sudah begitu canggih sehingga tidak mungkin sesiapa boleh bersembunyi samada siang atau malam.”

“Sesungguhnya cara hidup di kampung air sudah melampaui zaman. Ia sudah tentu tidak akan mencerminkan imej Malaysia maju yang kita fikir kita akan jadi menjelang 2020.

Tiada ulasan: