Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa.
Saya rasa tak payah la buat gitu kot. Leave her alone.Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal Mamat tu:
Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.
Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.
Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”
Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.
Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.
Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.
Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.
Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.
Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.
Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan