Anggota Wanita Umno yang ditemui Malaysiakini, dengan berlinangan air mata juga menyatakan bahawa mereka tidak menjangkakan Kamilia akan bertindak sedemikian.
"Saya rasa keputusan dia pentingkan diri dan tak mementingkan parti. Saya memang kecewa sangat. Tetapi sekarang, kami semua dah boleh terima dan menjalankan aktiviti macam biasa.
"Kita juga akan pergi rumah ke rumah untuk terangkan situasi sebenar kepada orang ramai mengenai perkara ini," katanya dengan nada sedih.
Seorang lagi anggota berkenaan dari cawangan Bukit Chandan, Wan Bidah Wan Yusoff, 50, berkata mereka turut "berkabung" selama tiga hari sejak hari penamaan calon.
"Ramai menangis. Masa dalam perjumpaan jentera pun, ramai menangis. Tapi sekarang dah OK. Tiga hari sahaja menangis. Lepas itu semua dah kembali macam biasa.
"Memang terkejut sangat dengan tindakan dia (Kamilia). Tapi kita pun dah buat banyak perjumpaan dan lepas Datuk Shahrizat (Abd Jalil) datang, kita sekarang dah OK dan akan buat kerja," katanya.
Anggota jentera berkenaan ditemui selepas pertemuan tertutup dengan Shahrizat di Kuala Kangsar semalam.
Kenyataan Wan Bidah itu mengesahkan tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Kangsar sejak beberapa hari lalu yang mendapati tidak banyak aktiviti berlangsung dan bilik gerakan BN di kawasan itu juga kelihatan suram.
"Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS.
"Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini.
"Kami tengok dia kami kesian. Dia jalan sorang-sorang dengan anak-anak dia," katanya kepada Malaysiakini.
Kamilia ketika dihubungi petugas media sehari selepas penamaan calon lalu meminta agar wartawan menyemak tulisannya di Facebook untuk mendapatkan kenyataan terkini.
Tulisannya yang terakhir di laman tersebut bertarikh 21 April.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan