Oleh: Ruqayya Rahman
KUALA LUMPUR- Kaum India di negara ini telah lama menolak MIC
dan kepimpinan rasuah bekas Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, kata
Naib presiden KEADILAN, N Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel
semalam yang mengatakan terpulang kepada Pengerusi BN untuk memutuskan
sama ada Samy Vellu wajar bertanding semula dalam pilihan raya umum akan
datang.
Ia susulan kenyataan Samy Vellu yang mengumumkan dirinya sebagai
calon boleh menang jika diberi peluang bertanding semula di Sungai
Siput.
Bagaimanapun, Palanivel hari ini membuat pusingan u apabila mengumumkan bekas ketuanya itu tidak akan dicalonkan semula.
Surendran berkata, kenyataan Palanivel sebelum ini menunjukkan
seolah-olah MIC kekurangan calon berkualiti hingga terpaksa memilih muka
lama yang disifatkan sebagai calon lapuk.
“Saya tak tahu Palanivel nilai dari sudut mana tapi kenyataan beliau
itu menunjukkan MIC seolah-olah ketandusan calon muda dan bersih
rasuah,” kata Surendran.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang bekas menteri yang
terbabit dengan isu rasuah seperti Samy Vellu dapat diterima semula
untuk mewakili kepentingan masyarakat India.
“Kita sudah dedahkan pelbagai skandal rasuah Samy Vellu termasuk
skandal Maika Holding melibatkan kontrak penyelengaraan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) bernilai RM40 juta kepada anak lelakinya.
“Dengan pelbagai skandal rasuah dan kronisme ini, bagaimana beliau
boleh isytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang kalau diberi
peluang bertanding lagi? Berapa banyak lagi duit rakyat dia nak tipu?,”
soalnya.
Surendran berkata, sudah sampai masanya rakyat terutama kaum India buka mata dan menolak pemimpin seperti itu.
“Jika begini calon yang ingin ditampilkan oleh kerajaan Barisan
Nasional, rakyat sepatutnya dapat menilai nasib negara ini jika terus
dipimpin oleh rejim yang korup ini,”katanya.
Samy Vellu pada Rabu lalu yang memberi isyarat mahu bertanding semula
dalam pilihan raya umum dan menyifatkan dirinya sebagai ‘Calon Boleh
Menang’.
Beliau yang menjadi ahli Parlimen Sungai Siput sejak 1974, tewas pada
2008 kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj
dengan majoriti 1,821 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan