Oleh Sidiqin Omar
SEMENYIH : Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti
KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar
dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20
April lalu.
Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik
Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi
tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu
Hwa, Kajang.
“Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik
bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar. Selepas daripada itu
(saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api.
Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh
digunakan lagi.
Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi.
“Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana
kesemuanya mengikuti proses penamaan calon,” kata Wan Zahari dalam
kenyataan.
“Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng
Umno,” kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj
terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan