Bonus kakitangan Petronas RM1000 : Mungkin ini antara sebabnya, Datuk Seri Najib Razak lambat umum bubar parlimen (KLIK SINI), apabila Datuk Najib mahu pusing ke semua GLC untuk mengumuman kakitangan GLC masing-masing menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
Jikalau sebelum ini kakitangan TM dapat
RM500, Pos Malaysia dapat RM500 dan tidak lupa juga kakitangan PNB
menikmati saguhati sebulan gaji. Terbaru…..
Terbaru Datuk Najinb mengumumkan pemberian bonus kakitangan Petronas sebanyak RM1,000
Senarai Terkini Pemberian Bonus “One Off” Bagi Kakitangan GLC
- Bonus Kakitangan TM : RM500 (SUMBER)
- Bonus Pos Malaysia : RM500
- Bonus kakitangan PNB : Sebulan Gaji
- Bonus kakitangan Petronas : RM1,000
Ya….duit daripada poket Petronas dan
Datuk Najib tampil ke hadapan untuk mengumumkannya. Selepas menikmati
bonus “one off” RM1000, habuan kakitangan Petronas tidak akan seperti di
sini. Seperti biasa, mereka selepas ini hanya menunggu masa dan ketika
untuk menikmati bayaran bonus Petronas yang lumayan sekurang-kurangnya 5 bulan dan ke atas bonus kakitangan Petronas untuk tahun 2013 seperti yang diterima mereka tahun lepas (DI SINI)
Sumber : Utusan Malaysia
Sempat juga Datuk Najib mengulas
tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menggagihkan royalti minyak kepada
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak daripada 5% yang dinikmati 3
negeri sekarang kepada 20%. Termasuk juga pelan Pakatan Rakyat untuk
turun harga minyak RM0.40 sen (KLIK SINI UNTUK MEMBACANYA) selepas 24 jam keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan.
Apa jawapan Datuk Najib? Tidak boleh,
tidak ideal utnuk dilaksanakan kerana bakal menyebabkan beban kepada
Petronas dan bakal memberikan bencana kepada ekonomi Malaysia. Itu
jawapan Datuk Najib, apa pula respon balas anda dan jikalau ada
kakitangan Petronas di sini yang boleh membantu mengulasnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan