KEADILAN DAILY
TANGKAK : Bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim Club (AIC) United Kingdom , Julailey Jemadi dicalonkan bertanding di P141 Parlimen Sekijang, Johor,
Julailey yang kini merupakan pembantu khas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.
Turut dicalonkan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Dr Ahmad Faidhi Saidi yang dinamakan untuk mewakili KEADILAN di P159 Pasir Gudang.
Manakala muka baru yang memberi cabaran di parlimen P149 Seri Gading ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor
.
Nama-nama calon diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 3,000 hadirin di ceramah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.
(SDQ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan