Selasa, 11 Disember 2012

Adun Sri Muda kibar bendera KEADILAN di Gaza

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie mengibar bendera parti di bumi Gaza ketika menyertai perarakan sambutan ulang tahun Hamas yang ke-25 di Palestin.



“Saya mewakili KEADILAN Selangor bersama lima anggota Cabang Kota Raja mengikuti rombongan Persatuan Tadika Islam Malaysia ke Gaza.

“Saya turut berarak dan kibar bendera KEADILAN sebagai tanda sokongan kepada Hamas,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau yang berada di Palestin antara 5 hingga 13 Disember turut menemui Perdana Menteri Palestin, Ismael Hanyieh dan pemimpin utama Hamas, Khalid Masyeal.

Shuhaimi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Selain KEADILAN, bendera PAS juga berkibar di Gaza mengiringi sempena program sama.

Tiada ulasan: