Isnin, 8 Jun 2009

Teruskan Program 'Jom Sertai PAS'

Ditulis oleh Te@M.IT


SHAH ALAM - Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan penggulungannya pada hari ini selaku Naib Presiden Pas sesi 2007-2009 melahirkan harapan agar program 'Jom Sertai PAS' tetap diteruskan oleh saf kepimpinan baru PAS sebagai usaha untuk menambah ahli PAS.

"Program Jom Sertai Pas setakat ini baru berjaya menarik seramai 1000 orang ahli sejak dilancarkan pada November 2008 yang lalu walaupun belanja yang agak besar telah dilkeluarkan sepanjang kelangsungan program tersebut" ujar beliau.

Beliau turut menekankan bahawa Pemuda harus memikul tanggungjawab lebih ke hadapan dan memainkan peranan paling penting dalam usaha memperbaiki perlaksanaan program tersebut kerana golongan paling besar di negara ini adalah golongan muda.

Kurangnya kerjasama dari peringkat kawasan merupakan salah satu punca program tersebut kurang berjaya, jelas beliau.

Beliau turut berharap agar perancangan untuk memberi latihan dan kursus kepada para petugas PAS akan diteruskan kerana modul untuk kursus-kursus tersebut telah pun disediakan.

Ustaz Ahmad Awang juga menyampaikan beberapa pesnan dan ingatan khusus kepada semua kepimpinan dan perwakilan agar tidak terpengaruh dengan momokan UMNO yang cuba melaga-lagakan individu dalam kepimpinan Pas dengan membangkitkan isu kepimpinan Ulama' dan Profesional.

"Mursyidul Am Pas pernah menyebutkan bahawa kita di dalam PAS adalah satu pakej yang terdiri daripada daripada ulama', profesional, kepimpinan atau ahli biasa" tegas beliau.

Berkaitan isu meminta jawatan, beliau dengan tegas menyatakan tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana setiap calon yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu dicalonkan di peringkat kawasan.

"Jadi tiada istilah meminta jawatan di dalam PAS" katanya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau dengan tegas menyatakan bahawa PAS tidak seharusnya memikirkan idea untuk berpakat dengan UMNO kerana sejarah sebelum ini telah membuktikan segala pengkhianatan UMNO terhadap usaha kerjasama yang dihulurkan oleh Pas.

Tiada ulasan: