Khamis, 25 Jun 2009

Pondan pakai sari ikat jamin ‘suami’ menyamun

Oleh WAZIHA WAHID


KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini semalam dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki memakai sari yang memaklumkan bahawa dirinya merupakan isteri dan penjamin kepada seorang lelaki yang menjadi tertuduh kes samun.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin yang meneliti kad pengenalan lelaki terbabit kemudian meminta kepastian setelah tertera perkataan ‘anak lelaki (a/l)’ pada namanya.

Lelaki tersebut, N. Rajandren yang turut mengikat rambut panjang ke belakang memaklumkan dia ialah isteri kepada P. I. Ramesh, 40, dan masih dalam permohonan untuk menukar jantina yang tertera dalam kad pengenalannya.

Rajendran merayu mahkamah mengurangkan jaminan yang ditawarkan terhadap ‘suaminya’ dan seorang lagi tertuduh, D. Shanmuganathan, 31, kerana tidak mampu membayar wang jamin RM5,000 setiap seorang.

Tiada ulasan: