Isnin, 22 Jun 2009

Operasi buru 14 lagi pelatih pusat serenti diperhebat

Oleh RIZAM ZAKARIYA


BUTTERWORTH – Polis masih memburu 14 lagi pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini manakala 16 daripada 30 pelatih yang melarikan diri dalam insiden rusuhan Jumaat lalu berjaya ditahan semula.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said berkata, tangkapan terbaru semalam membabitkan enam pelatih.

Seorang berjaya ditahan di sekitar kawasan Kubang Semang pukul 3 pagi semalam bersama dua orang awam yang berusia 30 dan 36 tahun.

KERATAN Kosmo! 20 Jun 2009.

Dua orang awam berkenaan merupakan rakan kepada pelatih berkenaan yang dipercayai cuba melindungi mereka selepas meloloskan diri dari pusat serenti tersebut beberapa hari lalu.

Lima lagi pelatih ditangkap di kawasan Juru tidak lama selepas itu.

“Setakat pagi ini (semalam), seramai 16 pelatih yang meloloskan diri dari pusat serenti berkenaan telah berjaya ditahan semula manakala 14 lagi masih diburu.

“Turut ditahan, dua orang awam yang dipercayai cuba melindungi pelatih yang melarikan diri itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di sini semalam.

Tiada ulasan: