Ahad, 21 Jun 2009

Kampung Setinggan Kini Kampung Contoh

TV SELANGOR


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan pihak pejabat daerah membantu menyelesaikan isu pemberian hakmilik tanah Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Ampang.

Menurutnya, kampung ini asalnya adalah kawasan setinggan, namun kini menjadi antara kampung yang cantik dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang memberansangkan.

Beliau mahu penduduk kampong ini berbincang dan membuat permohonan secara berkumpulan bagi memudahkan proses semakan dan kelulusan.

Tan Sri Khalid hari melawat Kampung Bukit Sungai Putih yang boleh dijadikan kampong contoh kerana telah dibangunkan oleh penduduk setinggan kawasan itu dengan perancangan yang sangat rapi.

Kampong yang terletak bersebelahan kawasan Bandar ini, diteroka sejak 34 tahun lalu dan kini didiami kira-kira 400 keluarga.

Menteri Besar berkata, kampong ini berpotensi besar untuk dimajukan
dengan pelbagai kegiatan ekonomi kerana ramai penduduknya terlibat dengan industri kecil-kecilan.

Antara produk yang dihasilkan ialah tempe, jahitan dan batik lukis yang telah lama bertapak dan sangat berpotensi untuk dikormersialkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu kerajaan negeri mengalakkan golongan belia dan wanita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk membina pemuafakatan yang lebih kukuh.

Tan Sri Khalid sempat melawat beberapa gerai dan industri kecil yang diusahakan oleh penduduk di kampong berkenaan.

Tiada ulasan: