Jumaat, 19 Jun 2009

Blog: Manohara reka disogok AS$ 2 juta

MALAYSIA KINI


Manohara Odelia Pinot sengaja mereka-reka cerita beliau ditawarkan AS$2 juta agar menarik balik tuduhan didera terhadap suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra, dakwa satu blog di negara ini.

"Manohara kata dia ditawar sebanyak USD2 juta supaya tidak meneruskan hasratnya untuk membawa TT (suaminya, Tengku Temenggong Kelantan) ke pengadilan tapi tidak dapat menunjukkan siapakah yang menawarkan wang itu," kata Truth Appeared.

"Ini satu lagi pembohongan dan fitnah yang dibuat oleh Manohara."

Blog tersebut, yang sering memuatkan koleksi foto-foto mesra Manohara dengan Tengku Muhammad Fakhry, mempertahankan putera Sultan Kelantan itu sejak awal timbul konflik ini, April lalu.

Tiada ulasan: