Isnin, 6 Oktober 2008

Raja Petra hadir perbicaraan kes hasutan
MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini kira-kira pukul 8.25 pagi tadi bagi perbicaraan kes hasutannya.

Prosiding mahkamah dijadual bermula pada pukul 9 pagi.

Pengarang blog Malaysia Today itu dituduh pada 6 Mei lalu kerana menulis artikel mengenai pembunuhan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau minta dibicarakan kerana menerbitkan artikel yang didakwa menghasut.

Beliau juga menjadi penulis blog pertama yang dituduh di bawah Akta Hasutan.

Artikel yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to helldikatakan mengandungi sembilan perenggan kata-kata menghasut.

Petra dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 25 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Tiada ulasan: