Khamis, 23 Oktober 2008

Dun Selangor: Kerajaan negeri tetap tidak iktiraf JKKP

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari berkata kerajaan negeri tetap tidak mengiktiraf JKKP sebagai satu pertubuhan sah.

Sebelum melantik ketua kampung beliau telah menghantar surat kepada semua ketua kampung untuk membuat pertemuan di bangunan SUK tetapi mereka menolak kerana kerajaan Pusat telah berjanji akan menubuhkan JKKP.

Menjawab soalan Khashim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) dalam sesi soal jawab Dun, katanya, JKPP dilantik sebelum ketua kampung dilantik dan ini menunjukkan keangkuhan pimpinan BN yang tidak menghormati demokrasi dan sengaja mahu memecahbelahkan masyarakat.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah JKKP kerajaan negeri pertingkatkan ketua-ketua kampong kerajaan negeri dan semua ketua kampng telah menghadiri kursus SPIES.

"Dengan ini orang kampung akan mendapat ketua kampung berkualiti," tegasnya.

Sebelum itu beliau berkata, kerajaan negeri Selangor masih mengguna pakai pekeliling yang dibuat oleh BN terdahulu melalui Perkara 3 manual panduan kerja JKKK yang diluluskan pada tahun 2001.

"Kuasa melantik ketua kampung dan JKKK adalah kuasa penuh MB," katanya.

Menurut beliau, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ia tetap membenarkan Umno umpamanya menggunakan dewan milik kerajaan negeri berbanding ketika Umno memerintah, pihak lain dilarang menggunakannya. - lanh _

Tiada ulasan: