Jumaat, 17 Oktober 2008

Ceroboh hutan simpan, Exco desak TV3 mohon maaf

SINAR HARIAN


SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Safari mendesak Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memohon maaf secara terbuka atau berhadapan dengan tindakan saman RM10 juta.

Kata dua itu diberikan Yaakob berikutan laporan berita yang disiarkan stesen penyiaran itu mengenai pencerobohan tanah Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor yang didakwa mencemarkan imejnya dan bertentangan dengan prinsip serta kaedah pemberitaan yang tidak betul.

Katanya, ia berdasarkan kepada visual yang menunjukkan percakapan secara terus di antara individu yang didakwa mengetuai penerokaan tanah di kawasan itu sejak tujuh tahun lalu, Haron Maimon dan Yaakob di hadapan wartawan TV3 seperti yang disiarkan pada Buletin 1.30 dan Buletin Utama, Selasa lalu.

“Saya mengakui Haron telah menghubungi saya seminggu sebelum berita ini disiarkan dan merayu supaya rumah yang dibina di atas rizab hutan tidak dirobohkan. Bagaimanapun saya menafikan bercakap secara terus dengannya pada 14 Oktober 2008 di hadapan pemberita TV3 berkenaan.

“Saya mengesyaki perbualan antara kami berdua sebelum ini telah dirakamkan untuk siaran tersebut,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini semalam.

Tiada ulasan: