Sabtu, 4 Oktober 2008

Caj tiga peratus keterlaluan, Hapuskan terus faedah PTPTN
SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - Caj tiga peratus, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) yang dikenakan kepada peminjam yang lewat membayar pinjaman dilihat sebagai satu tindakan keterlaluan semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa , tindakan berkenaan yang cuba diamalkan boleh dikategorikan sebagai ‘menghisap darah’ kerana ianya tidak mengambil kira kegunaan wang yang sepatutnya digunakan oleh peminjam.

“Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang agak meleset, kerajaan khasnya perlu memikirkan soal bagaimana ingin mengurangkan bayaran pinjaman ini terus mahu menekan pemimjam untuk membayar balik pinjaman,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini.

Hari ini, akhbar media perdana melaporkan para peminjam PTPTN yang gagal menyelesaikan pinjaman mereka mengikut jadual sehingga 31 Mei lalu, tidak akan menikmati pengurangan caj perkhidmatan satu peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, mereka yang lewat bayar akan dikenakan caj pinjaman pada kadar lama iaitu tiga peratus atau lima peratus sehingga mereka membayar balik jumlah keseluruhan sehingga tarikh itu.

“AMK memang bantah mengenai faedah ini kerana sebagai pembayar cukai dan rakyat, peminjam harus menerima pinjaman tanpa sebarang kadar faedah walaupun satu peratus,” ulasnya lagi.

Menurutnya lagi, keadaan kini terdesak bagi rakyat untuk menggunakan wang lebih dengan situasi harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, oleh yang demikian, seharusnya pihak kerajaan sewajarnya hapuskan terus faedah PTPTN.

Sebuah Badan Bukan Kerajaan, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut dengan nada yang sama mendesak agar kerajaan menghapuskan faedah yang dikenakan terhadap peminjam PTPTN.

Presiden Teras Azmi Abdul Hamid, berkata ada jalan lain untuk termasuk dengan tindakan undang-undang bagi menyuruh para peminjam membayar balik pinjaman, bukan dengan menaikan lagi kadar faedah.

Jelasnya, desakan berkenaan hanya perlu kepada mereka yang mempunyai kemampuanya untuk membayar balik pinjaman bukan dengan menaikan kadar faedah, ianya bakal memberi kesan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Sistem pinjaman perlu dikaji balik, sekiranya ianya ditingkatkan juga, mungkin peminjam sekali lagi tidak membayar balik pinjaman,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, ianya mampu membebankan peminjam serta melambakan hutang si peminjam, oleh yang berkenaan, beliau meminta agar kadar faedah berkenaan dihapuskan.

“Saya cadangkan agar caj ini dihapuskan kerana pertimbangan harus diberi kepada mereka yang berpendapatan rendah,” katanya lagi.

Tiada ulasan: