Ahad, 5 November 2017

Guru Besar Rasis Di Sekolah Kebangsaan





Guru besar sebuah sekolah kebangsaan di Kajang Utama didakwa mengamalkan sikap rasis apabila menolak permohonan Kuil Sri Maha Karumariamman Alayam (KSMKA) penggunaan dewan sekolah untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November, jam 8.00 malam bagi komuniti India di taman itu.

“Guru besar SKKU mempersoalkan saya menggunakan jawatan Pengerusi Kuil KSMKA kerana menurutnya ini merupakan sekolah Melayu dan perkataan penganut Hindu atau Kuil tidak dibenarkan.

“Program yang kami anjurkan hanyalah Rumah Terbuka Deepavali bukan sahaja untuk komuniti Taman Kajang Utama, anak-anak berbangsa India yang bersekolah di SK Kajang Utama tetapi juga pendudukan Kajang Utama, kita satu Malaysia.

“Kita pun ikut semua peraturan sekolah”. kata S.M Kathirvellu, Pengerusi Kuil KSMKA yang dilaporkan blog kamikazenews.

Selanjutnya, sila baca pendedahan kamikazenews dalam artikel bertajuk “Ini sekolah Melayu, perkataan ‘hindu’ atau ‘kuil’ tidak dibenarkan- Guru Besar SKKU”

Mahathir “Perkakas” DAP Ke Putrajaya





Roslan SMS – Meletakkan seseorang yang sarat dengan masalah dan rekod lampau yang penuh pincang sebagai pemimpin dan ketua pasti akan mengakibatkan sesuatu badan atau kumpulan itu turut dilihat bermasalah. Malah prospek untuk si bermasalah tadi mempalitkan pula kepincangan beliau kepada badan atau kumpulan berkenaan serta orang kebanyakan di sekeliling sangatlah besar.


Mungkin bagi Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng, menaikkan Tun Dr Mahathir Mohammad meneraju Pakatan Harapan dalam keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merengkuk dalam penjara adalah langkah yang bijak walaupun Tun punya banyak masalah lampau.

Anwar sudah hilang pengaruhnya kerana terlalu lama dalam penjara dan perjuangannya sudah bukan relevan lagi. DAP terlalu percaya bahawa diwaktu ini Tun punya pengaruh besar, malah jauh mengatasi pengaruh Anwar yang dilupakan.

DAP terus optimis mereka akan terus mengawal dan menguasai undi bukan Melayu.

Masalahnya untuk melangkah ke Putrajaya, undi rakyat bukan Melayu berkenaan sahaja tidak memadai. DAP perlukan sokongan masyarakat majoriti Melayu. Lantas kehadiran Tun dilihat sebagai perkakas buat DAP kerana Tun dipercayai punya pengaruh besar dikalangan masyarakat Melayu.

Campurkan kedua-duanya yakni undi bukan Melayu yang DAP kononnya kuasai dan tambahan undi Melayu yang kononnya akan menderu masuk melalui PKR-PBBM dan Pan kerana pengaruh Tun maka tercapailah cita-cita kedua-dua anak beranak tadi dan parti mereka untuk melangkah dan menguasai Putrajaya.

Sebelum ini paling besar pencapaian politik yang mampu diperolehi DAP adalah sekadar menguasai kerajaan Negeri Pulau Pinang selain berperanan dengan parti-parti lain di Perak dan Selangor.

Namun dengan bantuan Tun dan memperkudakan ketiga-tiga parti tadi, PRU 14 kelak Pakatan Harapan pada anggapan kedua beranak ini akan berjaya menguasai kerajaan Persekutuan, paling kurang dengan 113 kerusi Parlimen sebagaimana dibayangkan Kit Siang sebelum ini.

PAS kata pihak DAP akan kalah semua kerusi yang ditandinginya.

DAP akan muncul sebagai rakan kongsi paling dominan dalam PH mungkin menguasai seklitar 50 ke 60 kerusi Parlimen atas kepercayaan 85 ke 90 peratus pengundi bukan Melayu akan terus menyokong mereka. DAP mensasarkan semua kerusi bukan Melayu dan campuran di Semenanjung selain semua kerusi yang sama termasuk kerusi bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Manakala di kerusi-kerusi campuran, pengaruh Tun akan membawa undi Melayu buat calon-calon DAP.

Baki 53 kerusi kononnya akan dimenenagi PKR mungkin dalam 30 kerusi, PBBM 20 kerusi dan Pan 3.

Runtuhlah dominasi Umno selama hampir 60 tahun melalui Barisan Nasional dan sebelumnya Perikatan diperingkat kerajaan Persekutuan dan melangkah masuklah Lim anak beranak dan rakan-rakan kongsi mereka dari PKR, PBBM dan Pan menguasai Putrajaya.

DAP bersendirian memang mustahil berkuasa di Putrajaya akan tetapi DAP dengan bantuan Tun dan kuda-kuda tunggangannya jelas mampu menjadi rakan kongsi paling dominan dalam kerajaan Persekutuan yang baru dan dengan penguasaan majoriti kerusi dari 113 yang disasarkan sudah pastilah DAP yang paling berpengaruh dalam kerajaan Persekutan baru di bawah PH. Tercapailah cita-cita dan agenda DAP berdekad-dekad lamanya.

Soalnya berupayakah DAP menjelmakan mimpi ngeri ini?

Jika benar undi masyarakat bukan Melayu dapat mereka kuasai sehingga ke paras 85 ke 90 peratus ianya akan menjadi realiti dan jika benar pengaruh Tun dapat membantu PH sehingga menguasai lebih 50% undi Melayu bersiap-sedialah untuk kita nobatkan pimpinan DAP sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Namun bagi saya yang bakal menggagalkannya, merobah mimpi ngeri buat rakyat menjadi malapetaka buat DAP tidak lain melainkan Tun Dr Mahathir itu sendiri .

Mimpi DAP ini sesungguhnya bertenggek semata-mata pada Tun.

Bersediakah rakyat Malaysia memadam dan melupakan segala rekod lampau Tun yang banyak menzalimi rakyat dan meletakkan ekonomi negara semakin tempang di bawah kerajaan yang sedia ada?

Sudikah para pengundi Melayu yang DAP sasarkan kononnya sehingga 50% bakal berpihak ke PH menyerahkan kembali mandat pada Tun dan kali ini meletakkan pula negara dalam genggaman DAP dengan bantuan Tun?

Tun sebelumnya adalah antara Perdana Menteri yang paling keras layanannya terhadap perkembangan Islam dan yang paling kuat menekan dan menzalimi gerakan Islam khususnya PAS.

Tun bukan sahaja PM semasa insiden pembunuhan 14 ahli dan aktivis PAS di Memali, Tun juga telah menangkap dan memenjarakan tanpa bicara pimpinan PAS bawah ISA, menggagalkan usaha dan inisiatif membangunkan sistem pendidikan Islam dan tahfiz, dan paling kuat menganaktiri dan memboikot kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Malah bukan ahli dan penyokong PAS sahaja diperlakukan sewenang-wenang diwaktu pemerintahan Tun, semasa ulangtahun memperingati 30 tahun Operasi Lalang baru-baru ini akhbar The Star menggariskan beberapa kezaliman Tun yang pasti tidak dapat dilupakan rakyat Malaysia termasuklah Operasi Lalang itu sendiri, layanan terhadap sekolah dan pendikan Cina, menyerang sistem kehakiman dan memecat Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan ketika itu dan banyak lagi.

Jika rakyat Malaysia khususnya para pengundi Melayu boleh memaafkan Tun dan sanggup melupakan kerakusan lampaunya, maka terimalah agenda DAP dan bersedialah membentuk Malaysia baru yang sekular dan ultra liberal.

*Roslan Shahir Mohd Shahir adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor

PKR Pulau Pinang Kurang Senang Saifuddin Dicalon YDP MAIPP

 
 




PKR Pulau Pinang dilaporkan kurang senang dengan tindakan membawa tokoh PKR luar dan diberi jawatan di negeri itu kerana ia boleh menghalang aktivis-aktivis PKR negeri mendapat jawatan yang sewajarnya.

Ia merujuk kepada lobi melantik Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Pulau Pinang (MAINPP).

Sumber PKR memberitahu The Malaysian Insight yang pemimpin tempatan parti itu di Pulau Pinang tidak gembira dengan pencalonan itu.

“Kepimpinan PKR Pulau Pinang tidak mengetahui apa-apa mengenai Saifuddin sehinggalah dia sampai ke negeri itu. Mereka tidak diajak berbincang,” kata sumber PKR yang tidak dinamakan.

Menurut The Malaysian Insight, PKR Pulau Pinang juga turut mencalonkan seorang pemimpin negeri, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohd Rashid Hasnon untuk mengisi jawatan YDP MAINPP.

Tambah portal itu, strategi untuk membawa pemimpin luar ke Pulau Pinang adalah sebahagian rancangan kepimpinan tertinggi PKR untuk menempatkan pemimpin parti itu dalam kerajaan negeri pimpinan DAP adalah arahan daripada Anwar Ibrahim.

“PKR mahu meletakkan pemimpin Melayu berkaliber di depan. Anwar mahukan pemimpin Melayu PKR yang kalibernya setanding dengan DAP di Pulau Pinang,” katanya.

Sumber itu mengesahkan yang cadangan pelantikan Saifuddin selaku presiden MAINPP datangnya dari Anwar sendiri yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh kerana kesalahan liwat.

“Warkah dari Sungai Buloh menamakan Saifuddin sebagai calon jawatan. Itu keputusan Anwar.

“Keputusan yang dibuat awal tahun ini menimbulkan kekecohan dalam PKR Pulau Pinang,” katanya tetapi menambah yang Saifuddin juga dicalonkan kerana kemampuannya.

“Anwar mahukan Saifuddin kerana kemahiran pentadbirannya yang hebat. Dia ada rekod baik bekerja dalam kerajaan ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri.

“Dia juga ada kemahiran komunikasi yang bagus. Jika ada dua pihak bertelagah, Saifuddin ada kemahiran diplomatik untuk selesaikan,” kata sumber itu.

Bukan sekadar jawatan Yang Dipertua MAINPP tetapi nama Saifuddin juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi untuk timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, kata sumber itu lagi.

Remaja rancang serang pesta arak mengaku bersalah miliki dua bom

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU:  Seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Pasir Puteh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dua butir bom yang disyaki untuk digunakan dalam rancangan serangan terhadap The Better Beer Festival 2017 di ibu negara pada Oktober lalu.
 
Tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh,19, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) esok mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
 
Menurut laporan Utusan Malaysia, Muhamad Hafizi turut berdepan empat pertuduhan lain berkaitan penglibatan dalam kumpulan pengganas bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
 
Mengikut pertuduhan, Muhamad Hafizi didakwa memiliki dua buah senjata api iaitu dua butir bom improvised explosive device (IED) di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh pada pukul  6.05 petang, 10 Oktober lalu.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Sementara itu, dua yang lain, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24 , dan Mahadi Ibrahim, 34,  yang turut dikatakan terlibat dalam rancangan serangan tersebut masing- masing berdepan tiga dan dua lagi pertuduhan berasingan berkaitan aktiviti kumpulan pengganas.
 
Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.
 
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan.
 
Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan rancangan serangan terhadap The Better Beer Festival 2017 dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk perancang utama, seorang pelajar tingkatan enam di Pasir Puteh, Kelantan, 10 Oktober lalu.
 
Suspek utama yang berusia 19 tahun bersama seorang bekas tentera, 34, dan kontraktor binaan, 25, dipercayai telah merangka serangan tersebut selepas menerima maklumat mengenai penganjuran festival arak tersebut yang dijadualkan berlangsung di Solaris Dutamas pada 6 Oktober lalu. 


Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pagi ini, beliau berkata sebarang sentimen politik perlu diketepikan dan apa yang lebih penting adalah nilai kemanusiaan.
 
"Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.
 
"Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan," katanya.
 
Katanya lagi, PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang dan rakyat negeri itu di atas bencana banjir yang melanda. 
 
Ujar beliau yang menyifatkan bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.
 
Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari.
 
Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira satu meter.
 
Antara kawasan yang terjejas adalah Jalan P Ramlee, Lebuh Carnavon, Lebuh Muntri, Lorong Kinta, Jalan Anson, Lebuh Kimverly, Lebuh McNair dan beberapa kawasan di Seberang Perai

Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap fitnah besar yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit usahasama Malaysia-China, yang dikatakan mahu menggadai kedaulatan negara. 
 
Najib sekaligus membidas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang kononnya mahu mengkaji semula semua kerjasama yang terjalin seandainya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
“Nak kaji semula kononnya kalau mereka menang segala-gala usaha sama dengan negara cina. Mereka mengugut untuk ubah segalanya. Kononnya kita sudah jual ‘sovereignty’. Kepala bapak engkau!
 
“Tidak logik. Tiada kehilangan kedaulatan! Bodoh! Kita bukan bodoh. Kuantan Industrial Park orang Malaysia tidak boleh masuk. Bodoh punya kerja. 
 
Saya tak pernah lihat tindakan begitu bodoh nak tipu rakyat Malaysia. Itu tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh masuk. Takkan Malaysian tak boleh masuk. Jangan tipu. Saya begitu marah sebab dia (Tun Dr Mahathir) menipu. Sangat merepek dan menyedihkan. Pergi pulak ke Forest City bising-bising. Macam macam cerita," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung MCA kali ke-64 yang berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini. 
 
Mengulas isu projek Forest City  yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang itu, Perdana Menteri berkata tanah yang terlibat itu merupakan tanah-tanah tebus guna maka tidak timbul isu ‘menjual’ kedaulatan negara seperi yang dibangkitkan sebelum ini. 
 
Itu semua tanah yang dituntutlah. Bukan tanah Johor pun. Anda fikir rakyat begitu bodoh. Mentaliti begitu. Tak boleh berfikir. Mereka ini membazir masa,” jelasnya.
 
Dr Mahathir menerusi blognya, chedet.cc sebelum ini mendakwa, Perdana Menteri mahu menjual negara secara tidak langsung apabila menjalin hubungan ekonomi erat dengan China.
 
Beliau juga mendakwa, pinjaman negara sebanyak RM55 bilion daripada China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
 
Sedangkan, Dr Mahathir sendiri pernah melobi agar China menjadi kuasa terbesar dunia mengatasi Amerika Syarikat ketika beliau menjadi perdana menteri.
 
 

[KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen perlu dimenangi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan,  kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu pemimpin MCA memainkan peranan untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina kepada parti itu, sekiranya mahu menikmati manfaat daripada kerajaan.
 
”Sebab itu kalau masyarakat Cina nak lebih lagi. Tolong sokong lebih Barisan Nasional (BN).  Sekarang ada 7 je ahli Parlimen. Tetapi anda ada 15 ahli Parlimen, anda akan lebih kuat dalam kerajaan.
 
“Saya perlu menimbang kerusi tambahan untuk MCA dalam kabinet. Ada 7 ahli parlimen anda ada 13 menteri. Sepatutnya kalau 7 kerusi parlimen tak boleh ada menteri. Anda tidak boleh dapat. Hanya satu menteri. 7 kerusi takkan sampai 3? Tetapi kita buat. Kita nak mendengar suara komuniti Cina. 
 
“Tolong berikan kami sokongan. Anda tidak boleh dapat segalanya ikut cara anda. Nak sekolah, nak itu ini tetapi undi tak bagi. Mana masuk akal, “ beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung MCA ke-64 di Wisma MCA, di Jalan Ampang hari ini. 
 
Setakat PRU13 lalu, MCA cuma memiliki tujuh kerusi Parlimen pada waktu ini.
 
Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.
 
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya turut mempersoalkan jumlah tahanan yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar perdana menteri. 
 
“Berapa ramai orang yang dia (Dr Mahathir) dah tahan dibawah ISA? Berapa? Saya lah yang mansuhkan ISA. Dia Ops Lalang 100 lebih masuk. Pastu dia kata eh bukan salah saya, salah polis. Saya kena dengar cakap polis. Bila masa Mahathir dengar cakap orang lain?
 
“Timbalan-timbalan dahulu ke? Tidak. Setiap timbalan ada masalah. Semua orang ada masalah kecuali Mahathir sebab dia ‘sempurna’. Tidak orang lain. Inilah orangnya.”
 
ISA, menerusi gerakan yang dinamakan sebagai Operasi Lalang pernah menahan 106 individu, termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang.
 
Operasi Lalang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 27 Okt 1987 dengan menahan individu yang dianggap mengeruhkan politik semasa.
 
Isu berkenaan itu kembali hangat, apabila sebuah NGO menuntut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf atas penahanan 106 individu berkenaan tanpa bicara semasa operasi yang diadakan 30 tahun lalu itu. 
 
Untuk rekod, ISA digubal pada 1960 bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara yang memberi kuasa kepada polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh. 
 
ISA kini sudah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma di bawah pentadbiran Najib.
 
 

Pulau Pinang lumpuh akibat hujan lebat lebih 15 jam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.
 
Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan dilanda tanah runtuh.
 
 
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2m hingga 1m berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, seramai 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di 4 daerah.
 
Beliau berkata, seramai 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.
 
Guan Eng berkata, kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.
 
 
Laporan sebuah agensi portal berita berkata, Seberang jaya adalah kawasan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air, namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.
 
Seramai 21 mangsa banjir daripada 6 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas kira-kira 7 malam.
 
Pengangkutan awam tergendala
 
Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Ramzi Ahmad berkata, hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan 4 penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.
 
Katanya, 3 penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang, manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan semuanya mendarat dengan selamat.
 
“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini, semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.
 
Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata, banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, mereka tiada pilihan kecuali menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih.
 
Mereka turut meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini.
 
 

Khamis, 2 November 2017

Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat

Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik  anugerah pingat kehormat

Pas mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah atau disabit kesalahan rasuah ditarik balik.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, penerima-penerima pingat begini bukan sahaja mencemarkan nama baik Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat kebesaran tersebut, bahkan gagal membawa nilai baik dari anugerah tersebut.

“Setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara.

“Penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji.

“Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat itu,” ujarnya yang dipercayai merujuk kepada kes terkini membabitkan seorang Datuk Seri yang ditahan kerana didakwa mencederakan pasuka Rela.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan itu akan menjadikan penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

Bahkan, Pas juga mencadangkan agar saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya.

NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp

MALAYSIAKINI
 


Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan Kerajaan Pulau Pinang melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar berlakang agama selain tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan nasihat kepada baginda berlandaskan hukum dan nas al-Quran.

"Sepatutnya individu yang dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP mempunyai latar belakang agama dan mempunyai ketokohan memimpin umat Islam Pulau Pinang selaku wakil Yang di-Pertuan Agong.

"Individu ini tidak semestinya datang dari parti politik tertentu kerana Yang Dipertua MAIPP pernah disandang tokoh agama yang berkecuali," katanya pada sidang media di hadapan Komtar, lapor BH Online.

Semalam Malaysiakini melaporkan spekulasi Saifuddin bakal dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP menggantikan ADUN Permatang Pasir Datuk Salleh Man daripada PAS yang memimpin majlis itu sejak 2012.

Saifuddin kini berkhidmat sebagai penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menurut sumber, lantikan itu kini bagaimanapun masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, difahamkan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP.

Mohamed Hafiz turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif.

"Semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara.

"Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai," katanya.

Pengumuman pelantikan Saifuddin, Mujahid dan Wan Ji secara rasmi dijangka dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang berlangsung sekarang.