Oleh Ainor Rahim
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun
Razak meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap fitnah besar yang
dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit usahasama Malaysia-China,
yang dikatakan mahu menggadai kedaulatan negara.
Najib sekaligus membidas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang
kononnya mahu mengkaji semula semua kerjasama yang terjalin seandainya
menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Nak kaji semula kononnya kalau mereka menang segala-gala usaha sama
dengan negara cina. Mereka mengugut untuk ubah segalanya. Kononnya kita
sudah jual ‘sovereignty’. Kepala bapak engkau!
“Tidak logik. Tiada kehilangan kedaulatan! Bodoh! Kita bukan bodoh.
Kuantan Industrial Park orang Malaysia tidak boleh masuk. Bodoh punya
kerja.
Saya tak pernah lihat tindakan begitu bodoh nak tipu rakyat Malaysia.
Itu tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh masuk. Takkan
Malaysian tak boleh masuk. Jangan tipu. Saya begitu marah sebab dia (Tun
Dr Mahathir) menipu. Sangat merepek dan menyedihkan. Pergi pulak ke
Forest City bising-bising. Macam macam cerita," katanya ketika
merasmikan Mesyuarat Agung MCA kali ke-64 yang berlangsung di Wisma MCA,
Jalan Ampang di sini.
Mengulas isu projek Forest City yang sengaja digembar-gemburkan
pembangkang itu, Perdana Menteri berkata tanah yang terlibat itu
merupakan tanah-tanah tebus guna maka tidak timbul isu ‘menjual’
kedaulatan negara seperi yang dibangkitkan sebelum ini.
Itu semua tanah yang dituntutlah. Bukan tanah Johor pun. Anda fikir
rakyat begitu bodoh. Mentaliti begitu. Tak boleh berfikir. Mereka ini
membazir masa,” jelasnya.
Dr Mahathir menerusi blognya, chedet.cc sebelum ini mendakwa, Perdana
Menteri mahu menjual negara secara tidak langsung apabila menjalin
hubungan ekonomi erat dengan China.
Beliau juga mendakwa, pinjaman negara sebanyak RM55 bilion daripada
China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Sedangkan, Dr Mahathir sendiri pernah melobi agar China menjadi kuasa
terbesar dunia mengatasi Amerika Syarikat ketika beliau menjadi perdana
menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan