MSO
Tengah hari tadi saya berjumaat bersama Tengku Razaleigh Hamzah
dan beberapa rakan yang setiap Jumaat akan bersamanya di masjid Nurul
Hidayah, Pandan. Selepas solat Jumaat, menjadi kebiasaan Tengku
Razaleigh apabila tidak kesuntukan masa akan mengajak untuk makan tengah
hari. Hari ini masanya agak luang dan kami sempat makan tengah hari di
sebuah restoran di Kampung Pandan.
 |
| Amalan Tengku Razaleigh menjamu rakan hari Jumaat. |
Agak lama juga saya tidak bersua dengan ahli Parlimen Gua Musang itu.
Paling akhir ialah pada pertengahan Ramdhan lalu ketika hadir majlis
iftar dan bersolat terawih di rumahnya. Tidak bermakna apabila lama tidak bertemu saya alpa kegiatan sosial dan politiknya.
"Lama tak berjumpa," begitulah hembur Tengku Razaleigh sebaik bertembung
muka di bibir pintu pejabat alias rumahnya, sebelum ke masjid. "Sibuk
sangat ke?" sambungnya lagi. Begitulah bahasa sapaan mesra Tengku kepada
sesiapa yang dianggap sebagai rakannya.
"Sibuk sedikit Ku, tetapi bukan bermakna tak
ingat..jiwa bersama Ku," balas saya, dan disambungnya dengan berkata;
"Ingat dah kena
kidnaped oleh Mahathir...," katanya sambil
memecah ketawa bangsawanannya. Tengku Razaleigh seorang yang suka
bergurau dan tidak berprotokol.
Menjadi kebiasaan sebelum bergerak ke masjid, beliau akan mempersilakan
tetamunya (rakan-rakan) ke bilik, ruang pejabatnya. Cara ini adalah
tradisi Tengku Razaleigh akan menyambut dan merai tetamunya bagaimana
dia sibuk sekali pun. Baginya akan menerima "menghadap" rakan-rakan
dahulu sebelum ke masjid. Lumrah ini menggambarkan akan keramahan,
kerendahan diri dan kemesraan Tengku Razaleigh.
"Jom kita ke masjid, waktu dah hampir hendak masuk," katanya selepas
kami melabuh punggung tidak sampai tiga minit. Kami semua bangun dan
bergerak ke masjid. "Lepas sembahyang nanti kita berbual," katanya.
Kerana masa di rumahnya tadi sekejaplah maka beliau mengajak saya dan
rakan ke restorn untuk makanan tengah hari dan berborak-borak mengenai
pelbagai isu politik semasa.
Dan di meja makan tadi, apa lagi kalau bukan isu perbicaraan, (rayuan
Anwar Ibrahim terhadap kes tuduhan liwatnya) menjadi topik utama. Selain
itu Tengku menjelaskan mengenai suratnya yang dikirimkan kepada Speaker
Dewan Rakyat dan ahli-ahli parlimen yang merupakan "perbahasan" Bajet
tahun 2015. Kali ini beliau membuat perbahasan dalam bentuk surat yang
dihantar kepada ahli parlimen dan juga dikirimkan kepada media massa.
Beberapa protal berita dan juga media antarabangsa sudah pun mengambil
surat berkenaan dan disiarkan di laman media masing-masing. Surat beliau
itu menyentuh mengenai ekonomi negara, memberi pandangan dalam beberapa
aspek yang perlu diperkemaskan Kerajaan untuk menstabilkan ekonomi.
Tengku juga menyatakan pandangan mengenai cadangan kerajaan untuk
laksanakan GST pada tahun hadapan sebagai belum sesuai dan ia
membebankan rakyat. Menurutnya bila cukai dikenakan maka barangan akan
naik dan rakyat terpaksa menanggungnya. Surat beliau itu bolehlah
dianggap pembentangan idea Bajet darinya. Sayang seorang pakar ekonomi
yang berpengalaman dan telah mencatatkan track record kehebatan sejak di
zaman Tun Razak dilupakan sahaja oleh Najib Razak.
Walaupun beliau tidak hadir ke perkarangan
Istana Keadilan untuk
memantau perbicaraan rayuan Anwar tetapi Tengku mengambil berat
mengenainya termasuk memikirkan apakah senario politik negara dan impak
ke atas hasil perbicaraan itu kelak. Beliau sendiri tidak dapat menduga
apakah yang akan berlaku kelak. Apakah Anwar akan di penjara ataupun
dilepaskan.
"Apa pandangan
you mengenai Anwar, Sayuti?" tanya Tengku. Satu
lagi sikap Tengku akan menerima pandangan dan pendapat sesiapa sahaja
mengenai isu-isu politik walaupun beliau sudah mempunyai banyak input.
Ini menunjukkan sikap Tengku yang merai pemikiran dan pandangan orang
lain.
"Bagi saya Tengku, kalau dilihat dari konteks politik, Anwar akan
dibebaskan. Saya tidak kira Najib akan "memenjarakan" Anwar, mengikut
apa yang Mahathir lakukan. Kini pun Najib menghadapi berbagai masalah,
kehilangan MH370, MH17 kena tembak dan masalah ekonomi, dan macam-macam
lagi. Saya tidak fikir dia akan terlibat dengan keputusan perbicaraan
apa lagi campur tangan...," jelas saya.
Tengku hanya mendengar penuh minat dan membuat terfsiran; "kalau Anwar
di penjara maka orang yang paling suka ialah Dr Mahathir lah..."
Seperti saya katakan Tengku Razaleigh terus memberi perhatian kepada
perkembangan politik negara. Beliau juga mengambil berat apa yang bakal
berlaku dalam Pakatan Rakyat amnya dan PKR sekiranya Anwar dipenjara
kelak. Beliau tidak memberi ulasan dan
prediction apa yang akan
berlaku nanti, tetapi apabila beliau bertanya saya mengenai hal itu
dapat saya memahami akan keprihatian beliau mengenai nasib Anwar.
"Apa yang
you nampak akan berlaku sekiranya Anwar dipenjara?"
Saya menjawab berterus terang daripada pengamatan saya, kalau Anwar
dipenjara, keadaan Pakatan Rakyat jadi sedikit kacau. Terutamanya di
dalam parti agama, Pas. Sudah tentu pertembungan dua kumpulan dalam Pas
kini satu yang hendak bersama Umno dan satu hendak terus bersama Pakatan
Rakyat akan berantakan. Pas akan ditimba satu lagi gelora. "Saya nampak
Pakatan Rakyat akan bergelora, Ku... dan Pas akan berdepan dengan
persimpangan yang agak sukar..hendak diatasi."
"Macam mana pula dengan PasMa yang hebuh sekarang ini. Betul ke tu.."
Tiba-tiba Tengku bertanya tentang PasMa. Ruapanya beliau juga memberi
perhatian kepada kewujudan PasMa. "Macam mana Tengku lihat PasMa ni?"
saya menguji mindannya pula. Tengku seorang yang tinggi diplomasinya dan
tidak mudah membuat sesuatu kesimpulannya tersendiri tanpa menyelidi.
Beliau tidak memberi pandangannya dan hanya mendengar penjelasan saya.
"Macam mana kalau PasMa hendak jumpa Tengku, boleh ke?" saya memberi
soalan cepu emas kepadanya. "Boleh... apa salah," balasnya rengkas
tetapi tegas. Mungkin pimpinan PasMa elok berjumpa dengan Tengku sambil
menjalini hubungan silaturahim boleh juga mendapat pandangan dalam
beberapa hal, politik negara dan juga hal ehwal ekonomi kerana beliau
adalah seorang pakar ulung ekonomi yang tidak patut diketepikan begitu
sahaja.
Ternyata dalam banyak isu yang disebut dan dibuatlkan di meja makan
tadi, Tengku sangat mengambil berat kepada nasib yang akan diterima
Anwar kelak. Saya simpulan Tengku memberi pandangannya, kalau Anwar
dipenjara kerana motif politik, orang yang berkuasa hari ini tetap juga
tidak dapat mengatasi masalahnya, kerana apa yang menjadi hambatan dan
perlu dirisau bukan sahaja pengaruh Anwar tetapi pelbagai masalah lain.
Sebenarnya pengaruh Anwar sudah tidak sekuat dahulu lagi, tetapi apa-apa
yang berlaku di sekitar dirinya boleh menjadi isu menyebabkan rakyat
akan membenci kerajaan. Memetik pengamatan Tengku terhadap Umno,
menurutnya parti itu juga kini berada dalam ketandusan pimpinan untuk
menyemarakkan perjuangan bangsa. Bagaimana pun sedikit kelebihan ada
kepada Umno katanya ialah kuasa dan wang. Umno juga bermasalah.