shahbudindotcom.
Hujah-hujahnya
menepis kredebiliti Saiful Bukhari yang ditimbulkan Gopal Sri Ram, isu
konspirasi politik yang dibangkitkan Surendran dan pencemaran sampel
DNA yang tidak disimpan dalam peti sejuk sebagaimana yang dipertikaikan
oleh Ramkarpal, tidak ada yang di luar jangkaan dan hanyalah bersifat
biasa-biasa saja.
Sebaliknya
yang ditimbulkan Shafee dengan ghairah ialah mengenai aksi seks antara
Anwar dengan Saiful yang didakwanya berlaku dengan kasar dan diikuti
dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menyemburkan air maninya ke dalam
dubur bekas pembantunya itu.
Juga
disensasikan ialah mengenai suit mahal jenama Brioni yang dihadiahkan
Anwar kepada Saiful serta pemberian elaun ketika bertugas di luar negara
sebagau asas yang didakwa wujudnya hubungan kemesraan antara mereka.
Dan
sebagaimana yang diduga oleh Anwar bahawa fantasi seks yang ditimbulkan
itu adalah semata-mata untuk menjadi mainan Utusan dan TV3, semua media
konservatif dan media baru kemudiannya menyambut isu itu dengan meriah
sekali. Ia juga diulang-ulang dengan pelbagai analisa, persepsi dan
tokoh-tambah.
Meskipun
Shafee juga menyatakan pembentangannya pada hari pertama hanya meliputi
antara 25 hingga 30 peratus daripada keseluruhan fakta yang bakal
dibentangkannya, beliau sama sekali tidak cuba menyanggah mengenai
penemuan doktor bahawa tiada penembusan pada dubur Saiful itu.
Begitu
juga tentang bagaimana seluar yang tidak dipakai Saiful tetapi ada
kesan air mani, laporan doktor yang menyatakan tiada kecederaan tetapi
perlakuan seks didakwa berlaku secara kasar serta bagaimana Saiful boleh
menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum kejadian
liwat itu didakwa berlaku.
Tindakan
Saiful yang didapat sebagai mangsa liwat secara kasar tetapi masih
datang menghidangkan teh kepada tetamu Anwar dengan wajah selamba juga
turut tidak dibangkitkan oleh Shafee.
Berbanding
Gopal Sri Ram yang membangkitkan semua perkara itu pada hari pertama
pembelaannya, rakyat amat berharap agar Shafee tidak lupa untuk berhujah
mengenainya dalam pembentangannya yang masih berbaki antara 75 hingga
80 peratus yang akan disambung Isnin nanti.
Dengan
membangkitkan isu perlakuan seks secara agak detail, barangkali ramai
yang memahami bahawa itulah kelebihan Shafee berbanding jika pasukan
pendakwa hanya terdiri daripada kakitangan Jabatan Peguam Negara saja.
Anwar
pula, dengan keyakinan bahawa banyak keraguan yang telah ditimbulkan
oleh para peguamnya sejak Selasa lalu tetap mempunyai asas yang kukuh
untuk diterima oleh hakim, langsung tidak terganggu dengan hujah-hujah
berkaitan perlakuan seks yang tentunya mengaibkan diri, keluarga,
anak-anak dan cucunya yang dibangkitkan oleh Shafee itu.
Menemui
penyokongnya sebaik mahkamah berhenti rehat pada tengahari selepas itu,
beliau tetap meluahkan keyakinan akan dibebaskan pada Selasa ini
walaupun cuba diaib dan dimalukan di dalam mahkamah.
Malah
ketika bersembahyang Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di
Putrajaya kemudiannya, beliau tetap disambut hangat oleh rakyat yang
berebut-rebut mahu bersalam dan memberi kata perangsang kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan