Memaparkan catatan dengan label PERUMAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERUMAHAN. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2020

Koronavirus: Sabah henti penerbangan ke Wuhan

2 pelancong memakai penutup hidung dan mulut sebaik tiba di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu berikutan penularan 
wabak koronavirus. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China dihentikan berikutan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew.

Beliau berkata setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China dan penerbangan itu akan beroperasi semula apabila wabak koronavirus dapat diselesaikan.

“Hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin bersama isteri Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal bersama isteri, Shuryani Shuaib.

Ditanya sama ada wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pengunjung atau pelancong ke Sabah, Christina berkata tidak dinafikan bahawa wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pelancong khususnya daripada China.

“Untuk tahun ini kita belum meletakkan sasaran kehadiran pelancong kerana kita menghadapi cabaran bermula awal tahun apabila adanya wabak koronavirus dan saya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pelancongan Sabah mengenai perkara itu sebelum ia diumumkan,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata kerajaan Sabah melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus, khususnya pemeriksaan kesihatan kepada individu yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Kita bukan sahaja membuat pemeriksaan kepada pelancong… kita juga buat pemeriksaan terhadap rakyat kita yang baru balik dari melancong. Kita tidak tahu dari mana mereka melancong, oleh itu mereka juga harus mendapatkan pemeriksaan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai beberapa hotel di Sabah mengeluarkan larangan memakai penutup mulut kepada pekerjanya untuk menjaga hati pelancong, Shafie berkata pihaknya akan melihat perkara itu.

“Apa yang penting adalah menjaga di pintu masuk Sabah. Namun saya akan melihat isu ini dan saya yakin tidak semua hotel mengeluarkan arahan itu. Kita akan bekerjasama erat dengan kementerian kesihatan untuk membendung masalah ini,” katanya.

Selasa, 31 Oktober 2017

Tunku Aziz gagal batalkan saman fitnah Mukhriz

MALAYSIAKINI
 


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke atas dirinya.

Saman itu berhubung dakwaan Tunku Abdul Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nordin Hassan memutuskan saman fitnah iu harus diteruskan atas alasan terdapat isu untuk dibicarakan.

"Bukti ini perlu dibentangkan dalam perbicaraan. Terdapat isu serius yang perlu dibicarakan,” katanya.

Hakim Nordin mengarahkan Tunku Abdul Aziz yang juga adalah pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayar kos RM4,000.

Beliau juga memerintahkan supaya pendengaran saman fitnah itu diadakan pada 11, 12, 18 dan 19 Januari tahun depan.

Kenyataan Tunku Abdul Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.

Dalam penyata tuntutannya pada Februari lalu, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku Abdul Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.

Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.

Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan jahat yang diungkapkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.


Jumaat, 6 Oktober 2017

Abang ke tali gantung, tetak adik sampai mati

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah menetak adik kandungnya sebanyak 33 kali kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta.
 
Hakim Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasaM. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa, Shah Alam, kira-kira 5.30 petang, pada 5 Mei 2015 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Dalam kejadian 5 Mei 2015, tertuduh, M. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa, Shah Alam, kira-kira 5.30 petang.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Hasil bedah siasat ke atas mayat Nageswaran mendapati punca kematiannya disebabkan oleh pendarahan yang banyak kerana tetakan berganda.
 
Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
 
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata setelah meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak dan keterangan dalam perbicaraan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.
 
“Dalam pembelaannya, tertuduh telah menuduh saksi ke-10 pendakwaan iaitu isteri mangsa V.Malliga, yang membunuh mangsa. Setelah mempertimbangkan semua aspek dalam keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati keterangan pembelaan tertuduh juga bersifat afterthought (difikirkan semula) serta tidak wajar diterima oleh mahkamah.
 
"Sehubungan itu hanya satu hukuman sahaja diperuntukkan di bawah seksyen ini (302 Kanun Keseksaan) iaitu tertuduh dihukum gantung sampai mati,” katanya.
 
Tertuduh yang diwakili peguam S. Ravichandran turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Shah Alam iaitu cuba membunuh Malliga, 41, dengan menikamnya menggunakan sebilah parang, antara 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.
 
Ditemui pemberita selepas selesai perhakiman hari ini, Malliga berkata keputusan hari ini bukti keadilan untuk mendiang suaminya selepas dua tahun mengikuti perbicaraan.
 
“Saya tidak sangka dia (tertuduh) tergamak membunuh adik sendiri hanya disebabkan masalah harta. Orang yang buat salah mesti kena gantung,” katanya.
 
 

Selasa, 15 Ogos 2017

Keluarga Tun M Akan Cabar LHDN Di Mahkamah?

 Suara Kebenaran


Sumber yang rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir menyebut, mereka akan mencabar siasatan yang dijalankan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas beberapa syarikat yang dimiliki keluarga tersebut baru-baru ini.

Anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina Mahathir kelmarin menyatakan rasa ragu-ragu beliau terhadap siasatan tersebut yang berjalan hampir serentak, seolah-olah dirancang oleh kerajaan Najib.

Bagaimanapun, selaku Perdana Menteri yang menguasai kerajaan selama 22 tahun, Tun Mahathir diketahui mempunyai pengaruh yang kuat ke atas jabatan-jabatan kerajaan termasuk LHDN.

 Difahamkan, satu pertemuan dengan Ketua Pengarah LHDN akan diadakan di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya Isnin ini untuk mendapat gambaran lebih tepat apa sebenarnya yang berlaku.

Keputusan sama ada untuk mencabar siasatan yang dijalankan LHDN ke Mahkamah atau tidak, bergantung sepenuhnya kepada pertemuan yang difahamkan akan berlaku nanti.

Ramai pengamal undang-undang hebat dari DAP telah menawarkan diri untuk mewakili keluarga Tun Mahathir di Mahkamah sekiranya keputusan dibuat untuk mencabar siasatan yang dijalankan LHDN, diambil.

Khamis, 10 Ogos 2017

Hanya 934 daripada janji 500,000 unit rumah PR1MA diserah milik

MALAYSIA DATELINE  
 
Salah satu projek PR1MA


Sehingga Jun 2017 hanya 934 unit kediaman Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) telah diserah kepada pemilik berbanding 500,000 unit yang dijanjikan BN pada manifesto pilihan raya 2013.

Ini bermaksud hanya 0.2% daripada janji perumahan yang terkandung dalam manifesto BN untuk generasi muda dilaksanakan, kata ahli parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Statistik itu diterima Sim daripada jawapan bertulis perdana menteri pada sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

"Perumahan merupakan isu kempen utama PRU13. Oleh kerana orang muda ditekan dengan peningkatan kos harga rumah, BN terdesak untuk menubuhkan PR1MA untuk membina rumah mampu milik demi memenangi undi orang muda," ujarnya.

Sim Tze TzinMenurut Sim, dalam manifesto pilihan raya umum 2013, BN telah menjanjikan untuk "Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerak oleh sektor swasta dan awam, termasuk 500,000 buah rumah PR1MA".

Janji BN ini boleh dilihat di http://www.barisannasional.org.my/manifesto/menyediakan-rumah-mampu-milik

Menurut Sim, dengan janji tersebut BN telah memenangi undi orang muda dan faktor undi generasi muda telah membantu kemenangan Umno/BN pada PRU13.

"Selepas lebih kurang 5 tahun, tiba masanya untuk mengkaji semula janji-janji BN tentang 500,000 perumahan PR1MA. Maka saya telah bertanya perdana menteri untuk menyatakan jumlah rumah PR1MA yang telah siap dibina dan diserah kunci kepada pemilik dari penubuhan PR1MA hingga Jun 2017.

"Jawapan yang saya dapati sangat mengejutkan. Setakat Jun 2017 hanya sebanyak 934 unit kediaman PR1MA yang telah diserah kepada pemilik. Ini hanya 0.2% daripada janji manis yang dijanji kepada orang-orang muda.

"Jawapan ini mendedahkan pembohongan Umno/BN dari semua janji-janji manis pilihan raya," kesal beliau.



Khamis, 3 Ogos 2017

Pulau Pinang berusaha bina rumah PPR

 MALAYSIA DATELINE

Jagdeep Singh Deo


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membina unit kediaman projek perumahan rakyat (PPR) di negeri itu.

Menurut Jagdeep, beliau sendiri telah berbincang dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengenai keperluan Kerajaan Pusat membina lebih banyak unit PPR di negeri ini pada Mac lalu.

Malahan tambah beliau, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut mencadangkan sebidang tanah berkeluasan 14.647 hektar di Jelutong untuk kerajaan pusat membina projek PPR.
"Walaupun surat (daripada Guan Eng) bertarikh 20 April 2017 tersebut telah dihantar kepada Menteri KPKT, malangnya sehingga sekarang tidak sebarang maklum balas.
"(Maka) janggal sekali ada pihak tertentu di dalam keadaan sedemikian membangkitkan isu kekurangan unit PPR di Pulau Pinang adalah diakibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang," tegas Jagdeep sambil mendesak Kerajaan Pusat supaya segera membina unit kediaman PR1MA dan PPR di negeri ini.