Jumaat, 6 Oktober 2017

Abang ke tali gantung, tetak adik sampai mati

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah menetak adik kandungnya sebanyak 33 kali kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta.
 
Hakim Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasaM. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa, Shah Alam, kira-kira 5.30 petang, pada 5 Mei 2015 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Dalam kejadian 5 Mei 2015, tertuduh, M. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa, Shah Alam, kira-kira 5.30 petang.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Hasil bedah siasat ke atas mayat Nageswaran mendapati punca kematiannya disebabkan oleh pendarahan yang banyak kerana tetakan berganda.
 
Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
 
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata setelah meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak dan keterangan dalam perbicaraan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.
 
“Dalam pembelaannya, tertuduh telah menuduh saksi ke-10 pendakwaan iaitu isteri mangsa V.Malliga, yang membunuh mangsa. Setelah mempertimbangkan semua aspek dalam keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati keterangan pembelaan tertuduh juga bersifat afterthought (difikirkan semula) serta tidak wajar diterima oleh mahkamah.
 
"Sehubungan itu hanya satu hukuman sahaja diperuntukkan di bawah seksyen ini (302 Kanun Keseksaan) iaitu tertuduh dihukum gantung sampai mati,” katanya.
 
Tertuduh yang diwakili peguam S. Ravichandran turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Shah Alam iaitu cuba membunuh Malliga, 41, dengan menikamnya menggunakan sebilah parang, antara 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.
 
Ditemui pemberita selepas selesai perhakiman hari ini, Malliga berkata keputusan hari ini bukti keadilan untuk mendiang suaminya selepas dua tahun mengikuti perbicaraan.
 
“Saya tidak sangka dia (tertuduh) tergamak membunuh adik sendiri hanya disebabkan masalah harta. Orang yang buat salah mesti kena gantung,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: