Sabtu, 18 Julai 2020

Sabah perlu gubal dasar jelas untuk jadi kuasa pertanian, kata ahli ekonomi

twitter sharing button
whatsapp sharing button
sharethis sharing button
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mahu negeri itu mengeksploitasi potensinya
dalam bidang pertanian.

KINABALU: Seorang ahli ekonomi mendesak kerajaan Sabah menggubal dasar yang jelas untuk memacu negeri itu ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadi kuasa pertanian.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Shafie Apdal mengenai potensi negeri itu dalam bidang pertanian, Firdausi Suffian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata, rakyat memerlukan dasar perindustrian yang jelas seperti yang selalu diperkatakan ketua menteri, namun ia belum dilihat di negeri ini.

Dalam wawancara baru-baru ini, Shafie membayangkan Sabah dan Sarawak muncul sebagai hub ekonomi dengan berkata, Sabah boleh memainkan peranan besar dalam perkara itu dengan memanfaatkan potensinya dalam bidang pertanian.

Firdausi mengakui kewujudan Pelan Pembangunan Pertanian Sabah untuk kepelbagaian sektor ekonomi, tetapi ia tidak akan dapat dijalankan tanpa dasar industri untuk melengkapkannya.

“Sabah adalah penyumbang ke-2 terbesar dalam bidang pertanian selepas Sarawak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, tetapi kita hanya eksport bahan mentah. Tidak ada industri hiliran di wilayah itu.

“Singapura, yang tidak memiliki tanah untuk pertanian besar-besaran, masih menduduki tempat pertama dalam hal keselamatan makanan di Asean, tetapi bagi Sabah, makanan adalah import ke-2 tertinggi.

“Untuk menjadikan Sabah hub ekonomi, kerajaan negeri perlu menetapkan jalan mana yang kita ingin pergi,” katanya.

Firdausi Suffian.

Firdausi berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah perlu bekerjasama dengan sektor swasta untuk memulakan rancangan strategic dan untuk tujuan itu GLC harus diketuai oleh teknokrat bukannya lantikan politik.

Tiada ulasan: