Memaparkan catatan dengan label NAHAS PERAYAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NAHAS PERAYAAN. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2016

Masalah teknikal, brek punca bas rempuh sepuluh kenderaan di PLUS [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Sebuah bas persiaran merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora di sini, pada Ahad. 
 
Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata kemalangan kira-kira 3 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brek bas berkenaan.  
 
"Mengenai kecederaan, buat masa ini pihak polis tidak dapat memastikan jumlah yang terlibat," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat. 
 
 
Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya, secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya. 
 
"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.  
 
Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan. 
 
 
"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya. 
 
Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu. 
 
Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya

LIHAT VIDEO DI SINI

Jumaat, 8 Julai 2016

Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk

Astro Awani 
 
Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk
Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. -Gambar: Twitter/JBPM
 
 
KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.

Mangsa Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman kemalangan jam 9.40 pagi itu berlaku selepas pemandu kenderaan pelbagai guna menghala ke sungai rengit masuk ke laluan bertentangan akibat mengantuk.

Ia menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan tiga lagi kenderaan.

Akibat dari kemalangan itu pemandu dan penumpang salah sebuah kereta meninggal dunia.

Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.
Permukaan jalan kering dan cuaca baik pada waktu pagi. 
 
 

Khamis, 7 Julai 2016

Dua maut babit tiga kenderaan

Dua maut babit tiga kenderaan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


KOTA TINGGI - Dua maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kilang Sawit Adela, pagi tadi.

Kemalangan membabitkan kereta Toyota Vios, Nissan Grand Livina dan juga Toyota Avanza itu turut menyebabkan lapan yang lain termasuklah seorang kanak-kanak mengalami cedera.

Seramai empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Panawar yang diketuai pegawai operasi, Salaini Oda bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera selepas menerima panggilan pada jam 8.37 pagi.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.18 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan selanjutnya.


Rabu, 6 Julai 2016

Tiga pelajar maut, kereta terputus dua

FREE MALAYSIA TODAY


Akibat pelanggaran itu, enjin kereta itu turut tercabut dan badan kereta "melekat" pada batang pokok.


acdnt_dead_600__1


KLUANG: Tiga pelajar lelaki terbunuh manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di KM32 Jalan Yong Peng, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback, Muhammad Nabil Fahmi Bakhtiar, 17, bersama dua rakan, Basrie Bunawan dan Mohamad Nor Fitri Mohamad Sabtu, kedua-dua berusia 19 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lagi penumpang, Nur Muhammad Amin Saiman, 17, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kluag untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, semua sahabat karib itu dalam perjalanan dari Kluang ke Paloh.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhamad Nabil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sepohon pokok besar di bahu jalan arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta tersebut terputus dua dan enjin tercabut sementara badan kereta pula melekat pada batang pokok,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Seorang maut, tiga parah ketika dalam perjalanan pulang beraya

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
TUARAN: Seorang maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan lima kereta di Jalan Tuaran-Tenghilan, di sini, tengah hari tadi. 
 
‎Semua mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti dipercayai dalam perjalanan pulang selepas beraya ketika nahas jam 1.30 tengah hari. 
 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Ferdinand Lawrence, berkata 10 lagi cedera ringan dalam kemalangan itu selepas lima kereta bertembung. 
 
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 1.56 tengah hari dan menghantar lima anggota ke lokasi berkenaan. 
 
"Mangsa yang maut di lokasi kejadian sudah dikeluarkan orang awam ketika pasukan bomba tiba. ‎
 
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan seorang pemandu yang tersepit sebelum operasi tamat pada jam 3 petang," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. 
 
‎Ferdinand berkata, mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tuaran.
 
 

Selasa, 5 Julai 2016

Ibu: Amin sempat tunjuk baju, selipar raya

Ibu: Amin sempat tunjuk baju, selipar raya
Minah (kanan) tidak dapat menahan sebak.


GUA MUSANG - "Mak sempat tengok kemalangan di Renok, malam tadi, namun tidak sangka itu adalah Amin dan keluarga," kata Minah Yasin, 67, ibu kepada mangsa kemalangan maut, di Kilometer (11), Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini.

Menurut ibu kepada Mohd Amin Firdaus Zakaria, 29, dia dan suami, Zakaria Daud, 69, juga dalam perjalanan pulang ke Kampung Jeram, dengan menaiki bas setelah berada di Shah Alam, kerana menziarahi anak perempuannya yang sakit.

"Mak berada di Shah Alam selama empat hari dan Amin dari Johor Bahru turut ke Shah Alam untuk menziarahi kakaknya dan mengambil kakak iparnya, Munira Ahmad Latfi, untuk pulang ke kampung bersama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh sekeluarga maut, kereta dirempuh lori]

"Mak dan ayah naik bas dan bertolak dalam masa yang sama, iaitu jam 8.45 malam semalam. Bila sampai di Merapoh, bas berhenti rehat sebentar dan meneruskan perjalanan pada jam 1 pagi.

"Sampai di tempat kejadian, mak nampak kemalangan tersebut, namun tak nampak kereta mereka. Mak nampak kereta putih sahaja dan tidak menyangka kemalangan itu melibatkan mereka lapan sekeluarga," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Gua Musang (HGM).

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama']

Tambah Minah, dia dan suami tiba di Pasir Puteh pada jam 4 pagi dan dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada jam 5 pagi selepas selesai bersahur.

"Mak macam tak percaya sebab baharu sahaja kami jumpa. Amin sempat menunjukkan baju dan selipar raya mak dan ayah yang dia beli. Itu adalah pemberian pertama dia untuk mak kerana baharu sahaja bekerja sebagai guru di Johor Bahru.

"Tiada sebarang perubahan pelik arwah tapi mak tak sangka, ini adalah pemberian pertama dan terakhirnya buat kami. Kami reda dengan kehilangan anak bungsu kami ini, ALLAH lebih menyayangi mereka," katanya lagi.

Kesemua tujuh sekeluarga itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu

Ahad, 3 Julai 2016

'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama'

'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama'
Ahmad Latfi (kanan) tenang menceritakan kejadian yang meragut nyawa anak, menantu dan cucu-cucunya awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian


KOTA BHARU - "Saya reda, mereka datang (lahir) sekali (bersama), balik (meninggal) pun skali," kata Ahmad Latfi Mat@Mohamad, bapa kepada pasangan kembar Mursyida dan Munirah yang maut dalam kemalangan di Gua Musang jam 1.30 pagi tadi.

Ahmad Latfi yang ditemui di rumah mereka di Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat bagaimanapun mengakui sambutan Aidilfitri mereka kali ini tidak lagi bermakna.

Menurutnya, kali terakhir Musyida menghubunginya dua hari lalu memaklumkan mereka akan pulang semalam.

"Tidak ada sebarang perubahan ditunjukkan, dia hanya bagitahu nak balik dan minta saya sediakan keperluan supaya tekanan air lebih kuat sebab ramai nak guna.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh sekeluarga maut, kereta dirempuh lori]

"Saya dah siapkan dan penuhi permintaannya dengan memasang enjin," katanya kepada media di sini, hari ini.

Ahmad Latfi berkata, dia mengetahui tentang kejadian menimpa anak, menantu dan cucu- cucunya kira- kira jam 2 pagi selepas dimaklumkan anak keduanya yang berada di Pulau Pinang.

"Saya periksa nama anak-anak dan menantu dengan Hospital Gua Musang sebelum disahkan mereka terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya.


Pemandu Cedera Ringan Bas Terbalik Di Lebuh Raya MEX

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

PUTRAJAYA: Pemandu bas persiaran mengalami kecederaan ringan selepas bas dipandunya terbalik di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) berhampiran Plaza Tol Putrajaya arah ke Kuala Lumpur, petang Sabtu. 

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Redzuan Najib berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang, selepas bas tersebut melanggar pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan. 

"Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian bas terbabit didapati tiada penumpang. Pemandu bas itu yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini Sabtu.

Sementara itu, pihak pengurusan Lebuh Raya MEX dalam laman Twitter mereka memaklumkan sehingga 9.30 malam tadi, laluan tanjakan dari Putrajaya ke Lebuh Raya Elite masih ditutup bagi kerja-kerja mengalihkan bas tersebut. -Bernama

Persiapan raya sembilan keluarga musnah terbakar

SINAR HARIAN
Kebakaran


KUALA LUMPUR - Persiapan sembilan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri musnah selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Pandan Dalam, Ampang musnah dalam kebakaran di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, enam buah rumah kampung yang mempunyai sembilan pintu itu musnah dijilat api.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa Siti Safura Mokhtar, 55, berkata ketika kejadian beliau baharu selesai menunaikan solat Zohor sebelum mendengar bunyi letupan kuat bersebelahan dengan rumahnya.

"Apabila saya keluar dari bilik, saya dapati ruang tamu sudah dipenuhi asap. Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan sijil nikah...seluruh persiapan raya seperti baju musnah sepenuhnya," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi mangsa, Sharifah Aminah Syed Hani, 50, berkata beliau bersama anaknya sedang dalam perjalanan ke pasar raya berdekatan bagi membeli barangan dapur untuk persiapan hari raya sebelum menerima panggilan daripada jiran tentang kebakaran itu. 

"Apabila sampai di rumah saya tengok pasukan bomba tengah padamkan kebakaran...semua dah hangus, tak sempat nak selamatkan apa-apa," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Skein Citbanchong Wee San berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira 3.30 petang dengan kekuatan 33 anggota.

Beliau berkata sebanyak enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan, Keramat, Pudu dan Hang Tuah dihantar bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Api marak dengan cepat kerana keadaan rumah yang dibina daripada kayu," katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya. - Bernama


Selasa, 21 Julai 2015

Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan

Empat sekeluarga antara lima parah kemalangan
Keadaan dua daripada tiga kenderaan yang telibat dalam kemalangan.
 
 
KUANTAN - Empat sekeluarga antara lima yang parah selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di jalan pintasan Kuantan berhampiran Balok Baru di sini, pagi tadi.

Manakala seorang lagi pemandu hanya cedera ringan selepas kereta jenis Honda Civic dipandunya turut terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Difahamkan, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Mohd Afendi  Abdul Aziz, 31, dan isteri Che Hasanah Che Kamaruddin, 28, bersama dua anak mereka berusia 2 setengah tahun dan bayi tujuh bulan dalam perjalanan pulang dari kampung di Felda Cheroi,
Kemaman menuju ke rumah mereka di Sungai Soi.

Manakala pemandu wanita kereta jenis Toyota Vios dipercayai memandu bersendirian dari arah Kuantan menghala ke pelabuhan.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat salah sebuah kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung.

Akibat kejadian, dua buah kenderaan terlibat remuk manakala pacuan empat roda dinaiki empat beranak tercampak ke dalam semak di tepi jalan laluan bertentangan.

Semua mangsa dihantar ke HTAA Kuantan untuk menerima rawatan lanjut.
 
 

Selasa, 14 Julai 2015

95 maut dalam tempoh 4 hari Op Selamat

MALAYSIAKINI


Sebanyak 95 kematian dicatatkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bermula di seluruh negara Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, 57 kes merupakan kemalangan melibatkan motosikal, motokar (19), pejalan kaki (tujuh), van (tujuh), lori (tiga) dan lain-lain (dua).

Katanya ini bermakna purata sehari 24 kes kematian dicatatkan, peningkatan yang sungguh ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini yang kebiasaannya 18 kes secara purata.

"Hari ini merupakan hari kelima Op Selamat dijalankan, saya amat berdukacita dengan jumlah peningkatan kes kematian yang direkodkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Mes Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman  hari ini.

"Seperti yang kita tahu kemalangan motosikal mendahului kemalangan maut yang lain...jadi kita kena fikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan jangan pentingkan diri-sendiri ketika memandu," katanya.

Khalid berkata mengikut analisis pihaknya banyak punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

"Saya menyeru kepada orang ramai yang menggunakan jalan raya dan lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dan janganlah tergopoh-gapah untuk ke destinasi," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.

Katanya berita kemalangan maut ketika musim perayaan Aidilfitri amat menyedihkan bagi keluarga yang sedang menunggu di kampung.

"Polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan di tempat yang sering berlaku kemalangan maut," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata berdasarkan borang maklumat balik kampung di seluruh negara, sejumlah 1,185 orang telah pulang untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing.

"Saya amat gembira kerana 1,185 orang yang meninggalkan rumah, tidak ada kes pecah rumah yang dilaporkan setakat ini," katanya.

Khalid berkata apabila orang ramai memaklumkan kepada polis bahawa mereka pulang ke kampung, maka polis dapat membuat perancangan melakukan rondaan di kawasan rumah yang dikosongkan.

"Saya menyeru kepada orang ramai yang hendak meninggalkan rumah mereka sepanjang tempoh perayaan ini supaya mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun melalui online dan ambil borang ini dari mana-mana balai berdekatan atau boleh melaporkannya melalui aplikasi telefon.

"Janganlah malas hendak melaporkan kepada kita supaya kita dapat merancang semua tindakan rondaan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan," katanya.

Di majlis itu, seramai 23 pegawai kanan polis menerima pemakaian pangkat masing-masing yang melibatkan lima pegawai dinaikkan ke pangkat SAC, 17 pegawai ke pangkat ACP dan seorang pegawai dinaikkan ke pangkat Supt. - Bernama


 

Isnin, 23 Februari 2015

150 kematian sepanjang 10 hari Op Selamat

SINAR HARIAN

PDRM
 
 
KUALA LUMPUR - Sejumlah 150 kematian dilapor dari 11,867 kemalangan jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat dilancar sejak 12 Februari lalu.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Johor mencatat jumlah kematian paling ramai iaitu 27 diikuti Selangor (23) dan Perak (22).

Op Selamat akan berakhir Khamis ini. Beliau berkata, kebanyakan kemalangan dilapor berlaku di jalan Persekutuan iaitu 44 kes, jalan negeri (36), lebuh raya (28) dan jalan bandar raya serta bandar (21).

"Dari angka kematian itu, ia turut membabitkan 92 penunggang motosikal, kereta (36) dan pejalan kaki (11),” katanya kepada Bernama.

Mohd Fuad berkata, 180,443 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti memandu laju dan menyalah guna lot parkir.

Beliau juga berkata, 47,604 anggota polis ditugaskan untuk memantau rumah dan premis perniagaan semasa cuti Tahun Baharu Cina.

Sejumlah 8,371 laporan diterima daripada orang ramai tentang rumah mereka yang ditinggalkan semasa perayaan, katanya. - Bernama

Ahad, 5 Oktober 2014

Enam sekeluarga maut, kereta rempuh bas

MALAYSIAKINI


 


Enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha maut setelah Perodua Alza yang dinaiki dipercayai terbabas lalu merempuh sebuah bas dari arah bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin malam tadi.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan lain jenis Perodua Myvi.

Katanya setakat ini tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Azhar Mat Ali, 43, Zaliha Johar, 42, masing-masing dari Kampung Parit Pasir Lama, Pekan Nenas, Johor dan Siti Habibah Kasbon, 43, dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.

Tiga lagi mangsa belum dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan dari arah Segamat menuju ke arah Kuantan itu hilang kawalan.

"Kenderaan itu kemudiannya masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang tiada penumpang dari arah bertentangan," katanya.

Menurutnya, pada masa sama sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Perodua Alza itu tidak sempat mengelak dan turut terbabas di tepi longkang di tepi jalan berkenaan.

"Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.- Bernama

Ahad, 2 Februari 2014

Mangsa diseret kereta 30 meter


Mushar Mushar


SABAK BERNAM – Hasrat seorang warga emas untuk menikmati hidangan sate sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini tidak kesampaian apabila lelaki itu terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Parit 5 Sekinchan di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 tengah hari itu, mangsa, Tan Kem Pou, 65, yang menunggang motosikal jenis Suzuki maut serta-merta di tempat kejadian apabila dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Suzuki Swift yang menghala dari Sekinchan menuju ke Klang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lebih menyayat hati, mangsa turut diseret sejauh 30 meter oleh kenderaan terbabit sebelum merempuh sebuah tiang hentian bas di sebelah kanan jalan.

“Mangsa dipercayai bersama seorang cucunya berusia lima tahun baharu sahaja beli sate di sebuah kedai makan berhampiran untuk pulang ke rumah.

"Bagaimanapun sebuah kereta dari arah sama melanggar motosikal mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, akibat dilanggar dan diseret kenderaan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kiri dan cedera teruk di bahagian kepala selain terdapat kesan luka teruk di bahagian kedua-dua kaki dan tangan.

“Mayat mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu polis difahamkan, cucu mangsa yang membonceng motosikal itu hanya mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh di tepi jalan.

"Cucu mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

"Polis kini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Isnin, 5 Ogos 2013

Op Selamat: 53 kemalangan maut dicatat hari ketiga

 Salleh Mat Rasid Salleh Mat Rasid mengedarkan risalah keselamatan kepada penunggang motorsikal di Kuching hari ini. - Foto Bernama
 
SINAR HARIAN
 
KUCHING - Sebanyak 53 kes kemalangan maut dicatat pada hari ketiga Op Selamat siri 3/2013, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Op Selamat bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' kali ini berlangsung 15 hari bermula 1 Ogos dengan memfokus kepada keselamatan di jalan raya, rumah serta harta benda yang ditinggal pemilik ketika pulang ke kampung.

Salleh berkata bagi tempoh tiga hari pertama operasi itu dilancar, hasilnya didapati positif apabila kemalangan jalan raya dan kejadian pecah rumah dilihat menurun.

"Kita harap 'trend' ini akan berterusan, dan paling penting setiap orang mesti memainkan peranan untuk mematuhi apa juga undang-undang bila menggunakan jalan raya, dan jika pulang ke kampung meninggalkan rumah, lapor kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kontinjen Sarawak dan berkonvoi motosikal ke lokasi Op Selamat IPD Kuching di Jalan Matang.

Beliau juga berharap objektif Op Selamat akan tercapai dan kadar kemalangan, termasuk kemalangan maut, serta kes pecah rumah dapat dikurangkan.

Mengulas pergerakan kenderaan berat di laluan utama pada musim perayaan, Salleh berkata Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan rasmi melarang kenderaan berat memasuki kawasan yang ditetapkan, dan ia dikuat kuasa pada 6,7,16 dan 17 Ogos.

Beliau memuji langkah IPK Sarawak mengadakan pra-Op Selamat 3, yang dilihat sebagai satu pendekatan dan langkah yang baik agar masyarakat bersedia lebih awal sebelum memulakan perjalanan di jalan raya serta meninggalkan rumah semasa perayaan.

Mengulas kes seorang ahli perniagaan dari Kuching yang dilaporkan maut selepas ditembak di Penampang, Sabah semalam, Salleh berkata polis di kedua-dua negeri akan bekerjasama untuk menyelesaikannya.

Semalam, mangsa ditembak di kawasan parkir di depan sebuah restoran ketika keluar dari premis berkenaan dan sedang bercakap di telefon bimbit. - Bernama

Sabtu, 25 Ogos 2012

Remaja maut digilis kereta

Wartawan Sinar Harian

Remaja maut digilis kereta
Mangsa berjaya dikeluarkan sepasukan bomba setelah digilis dan terperosok dalam sebuah kereta.
 
Remaja maut digilis kereta
Orang ramai melihat keadaan motosikal dinaiki mangsa tercampak di tengah jalan setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.
 
BAGAN SERAI - Hasrat seorang remaja untuk pulang ke rumah selepas beraya di kampung bertukar tragedi apabila mangsa maut digilis sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Bagan Serai-Kuala Kurau, di sini, Selasa lalu

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa Abdul Hamid Yusof, 22, dari Kuala Kurau sedang menunggang motosikal di Jalan Bagan Serai-Kuala Kurau sebelum bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah sama.

Menurutnya, mangsa terjatuh ke atas jalan arah bertentangan sebelum digilis sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

“Mangsa kemudiannya terperosok di bawah kereta terbabit dan kami terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai untuk mengeluarkan mangsa daripada tersepit di bawah kenderaan terbabit.

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Mat Fauzi berkata, mangsa difahamkan baru sahaja pulang dari beraya bersama rakan-rakan di sekitar kawasan Bagan Serai.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal yang bergesel dengan mangsa turut mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar.

“Penunggang terbabit yang dikenali sebagai S Amachy, 65, dari Taman Seri Kurau mengalami kecederaan di muka dan tangan setelah turut terjatuh dari motosikal akibat pergeselan dengan motosikal mangsa.

“Manakala seorang lagi pembonceng yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.

Selasa, 21 Ogos 2012

Air mata Syawal, persiapan hangus menjelang 1 Syawal

RUBIAH OMAR

KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam lain begitu teruja membuat persiapan menyambut 1 Syawal bersama ahli keluarga, sepasang suami isteri hanya mampu mengalirkan air mata melihat segala persiapan Aidilfitri mereka musnah sama sekali dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Banggol Karah, Serada di sini, Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu bukan sahaja kelengkapan hari raya pasangan Abdul Aziz Embong, 52, dan isterinya Noraini Salleh, 54, hangus, tetapi lebih menyedihkan kediaman dua tingkat mereka turut musnah sepenuhnya.

Menceritakan semula kejadian, Abdul Aziz berkata, sebelum itu, dia sedang duduk berehat di ruang tamu rumah sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum ternampak percikan api dari ruang atas rumah.

“Ketika itu, saya, isteri bersama empat anak dan seorang menantu yang baru pulang semata-mata ingin menyambut Aidilfitri, berada di rumah.

“Kami tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk persiapan hari raya serta dokumen-dokumen penting kerana api merebak terlalu cepat,” katanya sebak.

Bagaimanapun, Abdul Aziz bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Pegawai Kanan Bomba 11, Badrul Hisham Othman berkata, sebanyak dua jentera dengan kekuatan 14 anggota berjaya mengawal keadaan dalam tempoh 10 minit walaupun sebelum itu terpaksa berdepan masalah kesesakan lalu lintas melampau.

Katanya, punca kejadian dipercayai akibat masalah lintas pintas dan kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000.

Jalan sesak akibat kemalangan

Sementara itu, seorang maut manakala dua cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan pertembungan tiga buah kereta di KM17 Jalan Terengganu/ Kelantan di Tepoh, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Naza Citra, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback serta sebuah kereta Perdana.

“Mangsa yang berasal dari Bukit Payung, Marang yang merupakan pemandu kereta Naza Citra maut di lokasi kejadian kerana dipercayai luka parah di kepala, manakala empat lagi ahli keluarganya hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), disini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Zamri, dua mangsa yang cedera parah berasal dari Alor Jambu, merupakan penumpang kereta Proton Perdana, manakala dua lagi penumpang lain hanya cedera ringan dan kesemua mereka menerima rawatan di HSNZ.

“Kedua-dua mangsa melibatkan seorang bapa dan seorang anak dan kini kedua-dua beranak itu sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSNZ.

“Bagaimanapun penumpang Proton Wira Aeroback tidak cedera,” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu menurut Zamri, keadaan lalu lintas agak sesak di lokasi kejadian berpunca daripada sikap kurang prihatin pemandu lain yang memperlahankan kenderaan semata-mata ingin melihat kejadian itu.

“Namun lalu lintas berjaya dikawal selepas ketiga-tiga kenderaan terbabit dialihkan,” katanya.

Isnin, 20 Ogos 2012

Tragedi pagi Syawal: Pemuda lemas motosikal terbabas ke dalam tali air

SINAR HARIAN
 
ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu.

Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit.

"Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas,"  katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa.

Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.

Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu. - Bernama

Ahad, 19 Ogos 2012

Kereta api tergelincir: 100 penumpang lalui detik cemas

SINAR HARIAN

GUA MUSANG - Kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang, jam 6.45 pagi ini, melalui detik mencemaskan dan mengerikan.

Mereka terpelanting beberapa kali di dalam gerabak terbabit dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.

Penumpang itu menaiki 14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa parah dan lapan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut.

[JIKA ANDA BERADA DI LOKASI KEJADIAN DAN MEMPUNYAI GAMBAR, SILA E-MEL KE ALAMAT sinaronline.portal@gmail.com]

Seorang penumpang yang terselamat, Nor Atikah Zakari, 21, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur, hanya beliau bersama beberapa penumpang lagi belum melelapkan mata.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan lokomotif.

Beliau berkata ketika itu, beliau bersama penumpang lain terpelanting beberapa kali dalam keadaan kelam kabut sambil masing-masing menjerit ketakutan.

"Saya juga bertindih antara satu sama lain di dalam gerabak berkenaan sebelum saya merangkak mencari pintu keluar untuk menyelamatkan diri," katanya yang dalam perjalanan pulang ke Tumpat.

Nor Hazliza Mohd Noor, 22, pula berkata,beliau sebelum itu tidak dapat melelapkan mata walaupun perjalanan masih jauh, tetapi tidak membayangkan perkara buruk berlaku.

Beliau berkata, ketika bunyi dentuman kuat semasa gerabak sedang terbalik, beliau turut menjerit meminta tolong, kemudiannya merangkak untuk keluar menerusi pintu namun gagal kerana ia masih tertutup dengan kuat.

"Ada penumpang lelaki yang terpaksa memecahkan cermin pintu koc terbabit sebelum saya dapat keluar menerusi cermin yang pecah itu dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Kelantan tidak terjejas walaupun berlaku kemalangan tersebut.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB, berkata kerja membaik pulih landasan dijangka selesai pukul 7 petang ini.

"Ketika ini petugas KTMB sedang menjalankan kerja membaiki landasan dan mengangkat tren yang tergelincir dari landasan," katanya ketika dihubungi dari sini, hari ini.


Jurucakap itu menasihati penumpang dan keluarga mereka supaya tidak risau mengenai perkhidmatan itu terutama di musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi stesen KTMB berhampiran untuk mendapat maklumat terkini mengenai perjalanan mereka ke destinasi masing-masing. - Bernama

Sabtu, 18 Ogos 2012

Ibu, dua anaknya maut kereta-van bertembung

SINAR HARIAN

BACHOK - Seorang ibu dan dua anaknya terbunuh manakala seorang lagi anggota keluarganya cedera, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van muatan ais kiub di Jalan Kota Baharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Mahligai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Maisarah Mohd Ali, 34, yang memandu kereta tersebut dan anaknya Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian

manakala seorang lagi anaknya, Rashidah, 3, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Anak saudara Maisarah, Aishah Shafikah Mohd Zuki, 7, mengalami cedera parah dan patah paha kirinya, kini dirawat di hospital yang sama dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah  Bachok, DSP Ab Rahim Che Ghani berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HUSM sebelum diserahkan kepada keluarganya
untuk dikebumikan.

Katanya, pemandu van tersebut Adnan Jusoh, 38, yang mengalami cedera ringan sudah membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini.

Tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Ketereh bersama 10 anggota berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan dalam masa setengah jam, katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Maisarah yang memandu kereta Perodua Viva itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selising, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Beliau  berkata, kemalangan tersebut adalah yang terburuk di daerah itu di musim perayaan ini dan beliau menasihati pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu. - Bernama