Ahad, 3 Julai 2016

'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama'

'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama'
Ahmad Latfi (kanan) tenang menceritakan kejadian yang meragut nyawa anak, menantu dan cucu-cucunya awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian


KOTA BHARU - "Saya reda, mereka datang (lahir) sekali (bersama), balik (meninggal) pun skali," kata Ahmad Latfi Mat@Mohamad, bapa kepada pasangan kembar Mursyida dan Munirah yang maut dalam kemalangan di Gua Musang jam 1.30 pagi tadi.

Ahmad Latfi yang ditemui di rumah mereka di Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat bagaimanapun mengakui sambutan Aidilfitri mereka kali ini tidak lagi bermakna.

Menurutnya, kali terakhir Musyida menghubunginya dua hari lalu memaklumkan mereka akan pulang semalam.

"Tidak ada sebarang perubahan ditunjukkan, dia hanya bagitahu nak balik dan minta saya sediakan keperluan supaya tekanan air lebih kuat sebab ramai nak guna.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh sekeluarga maut, kereta dirempuh lori]

"Saya dah siapkan dan penuhi permintaannya dengan memasang enjin," katanya kepada media di sini, hari ini.

Ahmad Latfi berkata, dia mengetahui tentang kejadian menimpa anak, menantu dan cucu- cucunya kira- kira jam 2 pagi selepas dimaklumkan anak keduanya yang berada di Pulau Pinang.

"Saya periksa nama anak-anak dan menantu dengan Hospital Gua Musang sebelum disahkan mereka terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya.


Tiada ulasan: