JEMPOL: Tujuh rumah dinaiki air setinggi 1.5 meter dalam kejadian banjir kilat di Kampung Orang Asli Langkap, Dangi, dekat sini tengah malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Jempol menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
“Empat buah keluarga sudah berpindah sementara ke Surau An-Nur dekat sini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hasil pemantauan air sudah surut sepenuhnya di lokasi,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu banjir kilat juga dilaporkan berlaku di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Tampin.
Menurut maklumat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Sembilan, kejadian banjir kilat tersebut berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi tadi melibatkan Peringkat 2, 4 dan 7 Felda Bukit Rokan.
“Lokasi terjejas masih dipenuhi air dan paras air sungai semakin surut,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan