Oleh KHUZAIRI ISMAIL
NIBONG TEBAL: Seorang kelindan lori putus tangan kiri selepas
terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 155.3
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat
di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu melibatkan tiga mangsa yang cedera namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Pemandu berusia 40-an cedera ringan manakala kelindannya berusia 20-an putus tangan kiri dan pemandu sebuah lori lain yang berusia 20-an juga cedera ringan.
“Mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada pukul 4.53 pagi selepas bomba tiba pukul 4.27 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap tersebut berkata, seorang pemandu dilaporkan cedera dalam kemalangan berbeza membabitkan dua lori dan sebuah treler di Kilometer 157 PLUS arah selatan dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi.
“Tiga mangsa terlibat termasuk seorang yang tersepit dan telah dikeluarkan pada pukul 3.07 pagi selepas bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Kedua-dua operasi itu digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan