on
PERBANDINGAN Pengerusi Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Datuk Mohamed
Arshad Raji terhadap pengambilan arak dan amalan rasuah disifatkan sebagai
mengelirukan.
Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam
Malaysia Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, kedua-dua perbuatan tersebut dilaknat
oleh Allah dan rasul.
“Langkah pengawalan arak tidak bererti kita membenarkan amalan rasuah berlaku
bahkan kita hendaklah menyeru supaya kedua-dua kemungkaran ini haruslah
dibanteras.
Ia selaras dengan saranan Rasulullah yang melaknat penyebaran arak dan amalan
rasuah.
“Sabda Rasulullah:“Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, orang yang
menuangkannya, penjualnya, pembelinya, yang memerahnya, yang mengambil
hasilnya, penghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan. (HR Abu Daud)
“Begitu juga Allah melaknat amalan rasuah. Sabda Rasulullah: “Rasulullah
melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad),” kata Dr. Ahmad Sanusi.
Menurut Dr. Ahmad Sanusi, dalam kedua-dua hadisitu Rasullulah
menggunakan perkataan ‘laknat’. Ini bererti perbuatan rasuah dan
penyebaran arak adalah amalan yang amat terkutuk sehingga mereka yang
melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.
Jelasnya, arak dan rasuah memberikan ancaman kepada kesejahteraan negara dan
tidak seharusnya seorang muslim mempersoalkan sebarang tindakan untuk mengawal
penjualan arak.
“Sepatutnya tidak timbul isu mempersoalkan tindakan mengawal penjualan arak
ini oleh seorang Muslim. Muslim seharusnya melihat kedua perkara sebagai suatu
keutamaan yang mesti dibanteras demi kesejahteraan ummah ini. Semoga Allah
membimbing kita,” kata Dr. Ahmad Sanusi.
Semalam Arshad menyifatkan tindakan melarang penjualan minuman beralkohol di
Kuala Lumpur sebagai tidak masuk akal sekali gus mempersoalkan pihak berkuasa
jika perbuatan meminumnya lebih berbahaya daripada rasuah.
“Cuba beritahu kami mana lebih buruk, minum arak atau rasuah? Mana yang lebih
merosakkan masyarakat dan negara kita? Keburukan mana yang paling menarik
orang Melayu.
“Beritahu kami antara dua keburukan ini, mana harus diambil tindakan terlebih
dulu, menentang larangan minuman keras atau menghapuskan rasuah dalam kalangan
masyarakat Melayu,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Arshad meminta Ahmad Marzuk yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa
supaya meneliti kes tangkapan ramai pegawai imigresen atas dakwaan
pemerdagangan manusia dan ramai ahli politik kini berdepan pertuduhan rasuah.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai
lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam.
Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai
serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober
tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan