Bernama
Beliau
juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar,
pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya.
Foto:
Bernama
KUALA LUMPUR :
Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang
tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada
masa ini, kata Pengerusi Kumpulan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Pada
masa ini, kami melihat ia (pengeluaran) kekal stabil dan kami tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal. Dari semasa ke semasa,
ya, kami melihat terdapat pengeluaran tetapi ini kekal stabil bagi
kami," katanya pada sidang media secara maya pada majlis pelancaran
Minggu Saham Digital hari ini.
Ia dianjurkan oleh PNB, Minggu Saham Digital pada tahun ini diadakan secara maya mulai 18-24 Nov.
Pada
masa ini, aset di bawah pengurusan (AUM) PNB melebihi RM300 bilion
nilai unit dalam edaran, dilanggan oleh 14.28 juta akaun sehingga 31
Dis, 2019.
Portfolio pelaburan strategiknya dalam syarikat korporat terkemuka di Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah.
Bersetuju
dengan pandangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu, Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn berkata
kumpulan pengurusan dana itu gembira walaupun situasi semasa mencabar,
ia tidak menyaksikan sebarang trend yang berbeza tentang cara rakyat
melabur.
"Ini amat baik. Ia adalah bukti bagaimana kita menjalankan perniagaan dan bagaimana rakyat melihat kita.
"Dana
PNB adalah untuk simpanan jangka panjang dan pelaburan jangka panjang
serta kita tidak melihat sebarang perbezaan dari segi trend pada tahun
ini," katanya.
Mengenai pelan kepelbagaian dalam persekitaran cabaran semasa, Zeti berkata ini akan kekal sebagai sasaran teras PNB.
"Kami
akan terus meningkatkan portfolio antarabangsa kami tetapi ini akan
dilakukan secara berperingkat dan bertanggungjawab serta berhati-hati
berdasarkan pasaran di hadapan kami yang amat tidak stabil dan tidak
dapat dijangka.
"Kami melihat kepada
trend asas, prospek pelaburan, prospek industri secara keseluruhan dan
sektor pelaburan itu dalam ekonomi negara yang berkaitan. Itu adalah
cara kami melaksanakannya," katanya.
Beliau
juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar,
pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya.
"Kami
akan melabur untuk memberikan pulangan yang terbaik dan paling
kompetitif, tetapi kami menyedari bahawa ini adalah tahun yang amat
tidak menentu dan mencabar.
"(Bagaimanapun),
kami adalah pelabur jangka panjang dan kami mahu mengekalkan pulangan
yang mampan dan pembayaran yang realistik kepada pemegang unit kami,"
katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan