Adie Sufian Zulkefli
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat. -Gambar
ihsan pembaca
BALING: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun setinggi kira-kira 100 meter di Gunung Gua Sireh, Baling pada Khamis.
Dalam
kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Amir Hakimi Md Ali, 22, dari
Kampung Padang Che Mas, Pulai dekat ini, dipercayai mendaki gunung itu
untuk mencari pokok paku aji untuk dijual.
Menurut
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, mangsa
disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat.
"Kes diklafisikasi sebagai mati mengejut dan tidak ada unsur jenayah," katanya di sini, pada Khamis malam.
Katanya,
mangsa dikatakan sering mendaki gunung untuk mencari tumbuhan itu
kerana ada permintaan daripada pembeli untuk dijadikan pokok hiasan.
Beliau berkata, mangsa memperoleh pendapatan dengan menjual pokok berkenaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan