Selasa, 24 November 2020

Tahap penguatkuasaan Malaysia lemah -Rais Yatim

Oleh Azman Bin Ibrahim
rais
RAIS YATIM

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mempertikaikan tahap penguatkuasaan negara yang masih lemah dan mudah diceroboh.

Yang Dipertua Dewan Negara memberitahu, negara juga kini menjadi lambakan kepada pelarian dan hal-hal yang lain. 

Beliau turut menyifatkan kisah mengenai Malaysia lambakan Rohingya sebagai satu cerita lama.

“Cerita lama. Penguatkuasaan lama. Apa lagi hendak dikata. Tidak bermaya. Kenapa penceroboh tidak ke Aceh atau Pantai Timur India? Sebab penguatkasaan mereka kental,” katanya menerusi ciapan Twitternya di sini hari ini.

Beliau merujuk laporan muka hadapan Utusan Malaysia  mengenai Lambakan Rohingya dan Lima kapal di Laut Andaman tunggu peluang ceroboh Malaysia.

Menurut sumber, sekurang-kurang lima buah kapal membawa ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya kini berlindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand menunggu peluang ‘menyelinap’ masuk ke negara ini. 

Difahamkan, setiap kapal memuatkan 250 hingga 350 PATI terbabit dipercayai berada di sempadan perairan antarabangsa sejak beberapa bulan lalu. 

Sumber berkata, kapal-kapal yang dikendalikan sindiket dari Bangladesh itu sukar menyelinap masuk ke sempadan negara kerana kawalan ketat agensi penguat kuasa melalui Op Benteng bagi mengekang kemasukan PATI. 

Menurut sumber, siasatan mendapati kapal-kapal tersebut menunggu masa kehabisan minyak dan sumber makanan sebelum menagih simpati untuk men darat serta diselamatkan kerajaan Malaysia. 

Selepas itu, kumpulan terbabit merancang untuk mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR). -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: