Sabtu, 14 November 2020

Profesor direman 6 hari bantu siasatan kes rasuah RM100,000 .

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Seorang bekas pengurus besar sebuah institut penyelidikan bergelar profesor  direman selama enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM100,000.

Profesor itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam untuk memberikan keterangan semalam.

Perintah reman keluarkan majistret Shah Alam, Syajaratudur Abd Rahman.

Suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai "khidmat perundingan" dalam pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya berkhidmat.

Tanah tersebut dinilai pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sebagai pembayaran rasuah untuk dirinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias ​​Salim mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: