Cinca on
SEPANG: Polis menemui satu mayat tidak berpakaian di Kampung Orang Asli,
Bukit Dugang, Dengkil pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten
Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya menerima maklumat dari
orang awam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Pada 10 November 3.20 petang, polis menerima maklumat menjumpai satu mayat
dalam kolam dalam keadan terapung di kawasan Kampung Orang Asli, Bukit
Dugang, Dengkil.
“Mayat ini kami (polis) tidak menjumpai identiti atau kad pengenalan, tidak
memakai baju atau seluar, dan dalam keadaan terapung,” katanya dalam sidang
media di Sepang pada Khamis.
Pemeriksaan ke atas mayat berkenaan mendapati, organ dalaman telah hilang
dipercayai dimakan binatang buas.
“Mangsa dianggarkan berketinggian 5.10 kaki, berat lebih kurang 130kg.
“Pihak hospital mendapati hanya terdapat tiga jari yang mempunyai kulit
untuk dikesan cap jari,” katanya.
Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lima hari
lalu sebelum penemuan mayat mangsa.
Sehingga kini, punca kematian masih belum dapat disahkan dan siasatan masih
dijalankan.
Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut. – Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan