Sabtu, 14 November 2020

Lembu 130kg. tersepit dalam longkang

 Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

LEMBU yang terjatuh dalam longkang di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

ALOR GAJAH: Seekor lembu betina ‘menanggung’ kesakitan hampir 20 minit apabila terjatuh ke dalam longkang di Kampung Pulau Sebang, di sini pagi tadi.

Haiwan seberat 130 kilogram itu pada mulanya disedari seorang penduduk yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk membantu.

Pegawai APM Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.39 pagi sebelum sepasukan enam anggota telah dikejarkan ke lokasi.

Kata beliau, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan lembu tersebut.

“Lembu itu hanya mengalami kecederaan di bahagian belakang ekor,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Aljibin berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung pemilik lembu tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: