Sabtu, 14 November 2020

Muhyiddin ketuai delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-37

muhyiddin02
Muhyiddin mengikuti Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, yang diadakan menerusi sidang video secara langsung dari Hanoi, Vietnam. - Gambar Ihsan FB Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, yang diadakan menerusi sidang video secara langsung dari Hanoi, Vietnam.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Muhyiddin hari ini dijadualkan menyampaikan lima intervensi iaitu di ASEAN-New Zealand Leader’s Summit, 2nd ASEAN-Australia Biennial Summit, 23rd ASEAN+3 (APT) Summit, ASEAN +3 Leaders’ Interface with Representative of East Asia Business Council (EABC), and the 15th East Asia Summit (EAS).

Hari pertama persidangan menyaksikan tiga pengumuman penting dilakukan iaitu pelancaran Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN; pelancaran Dokumen Rasmi Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN; dan penubuhan Pusat Serantau ASEAN Mengenai Darurat Kesihatan Umum dan Penyakit-Penyakit Baru.

Muhyiddin memulakan ucapan intervensi pertama hari ini di Sidang Kemuncak Peringatan Hubungan ASEAN-New Zealand (ASEAN-New Zealand Commomerative Summit) yang turut disertai Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.

Sidang kemuncak ASEAN ke-37 itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang juga merupakan Pengerusi ASEAN 2020.

Vietnam sebagai tuan rumah bagi Persidangan tahun ini mengadakan sidang secara maya berikutan penularan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: